Hiburan By: Dhia Iwana March 21, 2024 @ 1:40pm

Program “Mission Impossible Bekpes Hot” Cipta Rekod Baru Sebagai Siaran Luar Bergerak Terpanjang Malaysia

Stesen Radio No 1 Di Malaysia, Hot FM tampil mencipta rekod baru dengan mengadakan siaran luar bergerak terpanjang yang bermula dari Kuala Lumpur sehingga Padang Besar, Perlis pada 8 Mac yang lalu.

Siaran luar istimewa ini bermula dari Stesen Sentral Kuala Lumpur pada jam 7.08 pagi bersamaan pelepasan tren ETS menuju ke Stesen Padang Besar.

Program “Mission Impossible Bekpes Hot” adalah hasil kerjasama antara Hot FM dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melalui perkhidmatan Tren ETS, yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin dalam majlis simbolik di platform 1 Stesen Sentral Kuala Lumpur.

Siaran luar ini meliputi perjalanan lebih 500 kilometer dan mengambil masa lebih kurang enam jam melalui beberapa negeri termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Program ini menampilkan penyampai Bekpes Hot sendiri seperti KJ, Johan, Fara Fauzana, AG, serta siaran lintasan istimewa bersama Keymi FYP @ Hot, dan ia dimeriahkan lagi dengan kehadiran beberapa pendengar terpilih.

Lebih menarik dalam program ini dengan penampilan istimewa pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL 38) Amir Jahari dengan lagunya ‘Hasrat’ juga dalam masa yang sama, Amir secara eksklusif mendendangkan lagu barunya iaitu ‘ingin pulang’ kepada semua yang berada dalam koc ETS tersebut.

 

Program “Mission Impossible Bekpes Hot” ini bukan sahaja sebagai satu usaha untuk memberikan pengalaman luar biasa dan idea segar kepada pendengar, tetapi ia turut diadakan bersempena ulang tahun pertama KJ bersama Hot FM.

Hot FM boleh didengarkan menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang, 88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang; 104.5FM Ipoh; 90.1FM Johor Bahru dan Singapura; 92.4FM Kuantan; 88.6FM Kota Bharu; 87.7FM Kota Kinabalu; 94.3FM Kuching; 104.3FM Melaka; 99.5FM Seremban; 90.5FM Taping; 105.0 Kuala Terengganu.

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Hot FM secara live streaming di www.hotfm.audio dan YouTube Hot TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 serta X @hotfm976 dan Whatsapp di 017-302 8822. Dengarkan juga Hot FM menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Hiburan Tue, 28 Nov 2023
Featured Thu, 16 Dec 2021

Tak Sabar! Senario Bakal Buat Comeback Menerusi Jaga-Jaga Senariounion

Peminat Senario kini dapat menantikan kemunculan mereka melalui filem terbaru yang kini dalam penggambaran. Perkara ini dikongsikan oleh kumpulan pelawak itu sendiri menerusi hantaran Instagram mereka baru-baru ini. Hantaran itu adalah siaran semula hantaran Instagram […]

Trending Tue, 14 Jul 2020
Trending Mon, 15 Jun 2020
Trending Fri, 8 Jan 2021
Hiburan Mon, 14 Jan 2019

‘Yang Kaya Itu Tak Semestinya Buat Kau Bahagia’- Perkongsian Shakila Khoriri Curi Perhatian Netizen

Tapi kalau lah Allah nak duga, akan datang dugaan tu. Aku tak kata Fizi tu sebaik manusia. Ada juga nakal dia, aku tahu. Sebab dia LELAKI…

Trending Sun, 31 Jan 2021

Arill Fesol Pertaruhkan “Bersangka” Demi Peminat

Wah, bakat baru dalam industri muzik 😍