Ehemmm…Sharifah Sakinah Perli Janna Nick Di Instagram Ke Tu?

Pelakon Janna Nick mencipta sebuah tanda pagar #wishservicebyJANNANICK baru-baru ini.

Ini bermakna, netizen yang ingin mendapat sebarang bentuk ucapan termasuklah ucapan hari jadi perlu membayar pelakon dan penyanyi ini RM 50 untuk satu ucapan. Tiada lagi ucapan percuma tau!

Bukan itu saja, Janna atau Nurul Jannah Muner juga boleh membantu pengikutnya mecari pasangan apabila dia turut menulis nama akaun (mention) Instagram individu berkenaan.

Tindakan Janna ini mendapat pelbagai reaksi bukan saja daripada netizen malah rakan artis sendiri.

Rata-rata pengikut di laman Instagram Sharifah Sakinah terhibur dengan ‘usikan’ daripada pelakon itu. 

Namun begitu, majoriti pengikut Instagram Sakinah percaya bahawa dia hanyar sekadar bergurau dan bukan ‘memerli’. Umum tahu, adik kepada pelawak Sharifah Shahirah ini memang kelakar orangnya. 

Malah di akhir kapsyen Sakinah, pelakon serba boleh ini ada menulis ‘Love you too @Jannanick #wishservicebyJannaNick. Ala, gurau je kan. Jangan serious sangat tau! 

Manakala Janna Nick memberitahu kepada akhbar Harian Metro, dia menerima reaksi orang ramai terhadapnya dengan hati terbuka dan menganggap ia adalah lumrah kehidupan dalam industri hiburan.

“Sebagai selebriti, apa saja yang kita lakukan akan dapat perhatian. Malah, tak buat apa-apa pun orang akan bercakap juga.

“Jadi, apabila ada yang menganggap apa yang saya buat ini adalah salah dan perlu dikecam, bagi saya ia berbaloi untuk dikecam.

“Alhamdulillah, perancangan saya untuk menarik perhatian netizen juga membuahkan hasil. Bagi yang memberi reaksi negatif, saya terima dengan hati terbuka,” katanya.

SGMS Faida