PU Riz Wish Birthday Neelofa, Tapi Ucapan Akhir Jadi Perhatian – “Sekarang Bukan Gemuk, Tapi..”

Usahawan dan pendakwah terkenal, Haris Ismail atau lebih mesra disapa sebagai PU Riz berkongsi ucapan manis di Instagram miliknya istimewa buat isteri tercinta, selebriti Noor Neelofa.

Berdasarkan perkongsian tersebut, PU Riz memuat naik foto swafoto bersama Neelofa meraih perhatian yang tertumpu kepada kapsyennya itu.

“Selamat Hari lahir buat isteri solehahku.  Semoga hari jadi pada kali ini lebih bermakna dalam hidupmu dengan Doa orang orang soleh solehah sekelilingmu insyaA-Allah dihidupkan dirimu dengan kehidupan yang baik.

“Terima kasih jadi ibu yang penyayang pada Muhammad Bilal & isteri yang baik pada diriku. Moga Allah kurnia Jannah untukmu.

“Akhir kata agar Allah kurniakan affiyyah dalam kehidupanmu dan terus menjadi wanita yg menjadi asbab agama tersebar seluruh alam,” ucapnya.

Sementara itu, PU Riz sempat bergurau yang memuat naik gambar bersama isterinya ketika masih kurus.

“Setelah 3 hari mencari gambar yang nampk sedikit kurus akhirnnya jumpa Alhamdullillah. Sekarang pun bukannya gemuk cuma bahagia,” selorohnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur membaca ayat terakhir PU Riz.

Neelofa dan PU Riz berkahwin pada 27 Mac 2021 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Bilal, setahun.

Aqilah Paharuzi