‘Pulangkan Telefon Saya’- Yuna

Penyanyi tempatan bertaraf antarabangsa, Yuna Zarai meminta seorang pemandu e-hailing jenis Uber memulangkan telefon bimbit miliknya yang tertinggal dalam kenderaan itu hari ini.

Yuna dalam pautan terbaru di laman Twitter miliknya, menulis dia sudah membuat laporan seperti mana yang tertera di dalam laman sesawang rasmi Uber.

“Hey @uber saya tertinggal telefon bimbit di dalam sebuah Uber dan pergi ke website (Uber) mengikut semua yang perlu dibuat tapi pemandu itu asyik ‘reject’ panggilan saya,” tulisnya.

Setakat ini, pihak Uber melalui laman Twitter mereka meminta Yuna menghantar mesej peribadi kepada mereka namun belum ada maklum balas terbaru.

Beberapa peminat dan pengikut laman sosial penyanyi itu mula meninggalkan komen berupa desakan dan kecaman kepada pemandu selain meminta Uber membantu penyanyi itu secepat mungkin.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Faida