Bekalan Pencen, Tauke Jambu Mula Bisnes

“Jadi artis tak ada pencen!” itu antara sebab pelakon dan pelawak, Tauke Jambu, 43, membuka bisnes mi segera.

Katanya, sebagai persiapan masa depan, dia perlu melakukan sesuatu untuk menyara keluarga kerana kerjaya seni ada pasang surut tersendiri.

“Ikutkan saya dah lama buat bisnes seperti menjual produk tempatan cuma ini pertama kali buat bisnes berasaskan makanan.

“Alhamdulillah bisnes berjalan baik bersama seorang rakan kongsi,” katanya memilih lokasi FoodMonger di Cyberjaya sebagai lokasi bisnes dijalankan.

“Ramai menganggap Cyberjaya tiada apa-apa tapi kalau dilihat dengan meluas, di sini sangat statergik sebab ada banyak universiti, kolej dan penduduk.

“Jadi saya percaya dengan harga yang ditawarkan mampu memberikan kepuasan kepada setiap pengunjung,” katanya.

Bisnes produk mi segera dikenali sebagai Mie Keren menyediakan beberapa pilihan sambal dengan tiga tahap kepedasan berbeza.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Faida