Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 21, 2023 @ 5:53pm

Puteri Sarah Persoal Tindakan Syamsul Yusof Fail Nusyuz – “Kenapa Baru Sekarang Selepas 4 Tahun Bermasalah?”

Aktres Puteri Sarah Liyana mempersoalkan tindakan suaminya, pengarah Syamsul Yusof tampil memfailkan permohonan nusyuz selepas empat tahun berdepan kemelut rumah tangga.

Isteri pertama kepada selebriti sensasi itu tidak takut dengan permohonan yang dibuat kerana percaya dirinya berada di pihak benar.

“Kenapa baru sekarang nak failkan nusyuz sedangkan masalah ini sudah berlaku sejak empat tahun lalu . Apa yang dia mahukan lagi?

“Buatlah apapun kerana saya tidak takut. Saya yakin saya di pihak yang benar. Cuma saya ingin ingatkan yang mereka sekarang ini sedang dalam siasatan di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah di bawah seksyen 23 iaitu persetubuhan luar nikah.

“Isterinya (Ira Kazar) pun sudah dipanggil untuk beri keterangan dan saya sedang menunggu tindakan lanjut dari mahkamah,” kata Sarah.

Tambah pelakon drama Suri Hati ini, dia bersyukur kerana ibu mentua, Datin Patimah Ismail sentiasa menyokongnya.

“Alhamdulillah, ibu mentua sentiasa berada di belakang saya dan dia sedia untuk menjadi saksi dan pencelah terhadap kes membabitkan saya dengan isteri kedua Syamsul dan ahli keluarganya yang sedang berjalan di mahkamah sekarang,” katanya.

Sarah dan Syamsul bernikah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Sarah juga menganggap istilah nusyuz selayaknya diberikan kepada Syamsul kerana mengabaikannya selama ini.

“Jadi siapa yang nusyuz? Insya-Allah segala kebenaran akan terbongkar. Tunggu dan lihat. Doakan semoga urusan saya dipermudahkan dan keadilan berpihak kepada mereka yang berhak dan benar,” katanya.

Terdahulu Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, sebebtar tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Fail Nusyuz, Syamsul Yusof Dakwa Puteri Sarah Curang Dengan Suami Orang… Kesal Difitnah Abai Nafkah

Antara alasan yang dikemukakan Syamsul adalah mendakwa Sarah berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang, meninggalkan rumah kelamin sejak oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 31 Jul 2019

‘Saya Minta Maaf’- Ara Johari

Jangan tiru aksi dalam video itu ok

Featured Mon, 16 Dec 2024
Trending Tue, 6 Feb 2018

7 Tip Sarapan Sihat dan Mudah

Sarapan merupakan hidangan terpenting dalam diet harian. Itu fakta yang mungkin entah ke berapa ratus kali atau ribu kali yang anda telah dengar. Persoalannya mengapa sarapan sangat penting?

Trending Mon, 16 Aug 2021

Monoloque & Kimal Beri Nafas Baharu Lagu Legenda

Legenda, seperti tajuknya, merupakan sebuah lagu malar segar nyanyian Datuk Sheila Majid yang dicipta oleh Fauzi Marzuki, Jenny Chin, dan Habsah Hassan. Lagu ini pada asalnya merupakan lagu penghargaan kepada lagenda permata seni yang tiada […]

Contest Mon, 27 May 2019

xtra好康头 | 送你「蝙蝠侠80年」粉丝见面会通行证

全球最受欢迎的披风战士迎来80岁生日,东南亚首个蝙蝠侠周年庆在云顶热烈展开! xtra好康头 送你粉丝见面会通行证,让你与「偶像」近距离接触。

Hiburan Tue, 24 Feb 2026

“Aku Dah Tak Kuat” – Amyza Aznan Menjerit, Menangis Seorang Diri Dalam Kereta

Dia mengakui dirinya tidak sekuat yang disangka oleh ramai pihak apatah lagi selepas berdepan ujian berat melibatkan dua anaknya dalam tempoh dua tahun berturut-turut.

Hiburan Sat, 10 Jun 2023
Featured Wed, 4 Dec 2024

Selepas Nekad Fail Cerai, Zahnita Muat Naik Video Menangis & Padam Foto Di IG

ibu kepada empat cahaya mata itu kelihatan memakai hoodie dan mengenakan kaca mata hitam sambil memuat naik video berlatar belakangkan lagu popular ‘Have I Told You Lately That I Love You’ nyanyian Rod Stewart.

error: Content is protected !!