Featured By: Salma Syahbuddin February 24, 2022 @ 11:36am

“Rahsia Ini Akan Membuka Aib Orang Lain…” – Azlee Khairi Didakwa Tipu Tarikh Nikah

Selepas kontroversi melibatkan perkahwinan keduanya pada Januari tahun lalu pelakon, Azlee Khairi sekali lagi terpalit dengan tuduhan kononnya dia menipu mengenai tarikh sebenar perkahwinannya itu.

Dakwaan ini timbul selepas gosip mengenai isterinya, Nurul Hidayah dan bekas suaminya dikatakan baru sahaja bercerai pada Disember tahun lalu.

Malah, anak lelaki yang masih kecil itu dikatakan bukan anak kandung Azlee apabila sijil kelahirannya turut didedahkan.

Enggan mengeruhkan lagi keadaan, beliau tampil memaklumkan bahawa tidak semua perkara boleh dikongsi kepada umum memandangkan ia melibatkan hal keluarga dan boleh membuka aib orang lain.

“Rahsia ini mungkin akan membuka aib orang lain. Bagaimana teruk sekali pun orang bercakap, saya tidak mampu menutup mulut orang.

“Anak ini anak saya. Bagi saya, anak tiri tetap dianggap seperti anak sendiri. Orang yang menyebarkan cerita ini sebenarnya mungkin tidak tahu menahu apa sebenarnya yang berlaku.

“Tak perlulah saya komen apa-apa. Saya terima semua ini sebahagian daripada ujian Allah. Ada sesuatu yang Allah mahu berikan kepada kami sekeluarga,” katanya.

Sementara itu, pelakon yang popular menerusi drama rantaian di TV3, Rahimah Tanpa Rahim ini juga mengakui dia dan keluarga amat terkesan dengan dakwaan yang dilemparkan.

“Tidak dinafikan, saya dan keluarga agak terkesan dengan isu ini. Namun, kami perlu menghadapi isu ini dengan tenang dan tidak guna melatah.

“Biarlah diaibkan sehingga maruah dan reputasi terjejas, namun, kami tetap menjaga aib orang lain yang berkait dalam isu ini. Tentunya, isu ini membabitkan banyak pihak,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Selamat Bernikah Kali Kedua, Azlee Khairi Anggap Diri ‘Bertuah’

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas 8 Tahun, Zara Zya & Azlee Khairi Kembali “Bercinta” Dalam….

ARTIKEL BERKAITAN:“Siapa Tahu Tok Kadi Kat Mana, Nak Suh Nikahkan Diorang Ni” Peminat Restu Hubungan Zara Zya Dan Azlee Khairi

 

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 30 Jan 2019

Tampil Setelah 20 Tahun, Spanar Jaya X Suntik Nafas Baru

Jom imbau kenangan bersama Spanar Jaya X

Hiburan Wed, 17 May 2023

Didakwa Tak Sesuai Bawa Watak Drama Terbaharu, Daiyan Trisha Dikritik Netizen

Aduh macam macam lah drama pun belum keluar lagi kan

Trending Mon, 22 Feb 2021
Hiburan Tue, 8 May 2018

Takziah buat Aunty Lai Meng’

Pelakon wanita veteran negara, Datuk Lai Meng Yi yang lebih dikenali sebagai Lai Meng Yi atau ‘Aunty Lai Meng’, meninggal dunia pada usia 90 tahun, Ahad malam.

Featured Wed, 9 Nov 2022
Featured Sat, 21 Mar 2020

Cantiknya Fasha Sandha walau tanpa solekan, ini rahsianya

Kongsi 4 langkah kecantikan semula jadi

| Live TV

error: Content is protected !!