Rahsia Kekal Langsing Dan Miliki Kulit Cantik

 Ozlynn tetap langsing dan wajahnya tiada pernah ada masalah kulit. Berseri-seri je. Kulit pun putih kemerahan tanpa mekap tebal. Rupanya ini rahsia Ozlynn kekal langsing dan miliki kulit cantik.

Elak air sejuk & manis, hanya minum air suam

Selepas bersalin, saya berpantang makan selama dua tahun. Elakkan air sejuk peti ais, ais, air kordial berperisa dan air berkarbonat. Hanya air suam yang menjadi pilihan sejak zaman anak dara lagi.

Amalkan tungku ketika berpantang

Ketika berpantang, saya memang ketat mengamalkan rutin bertangas untuk membersihkan toksin dalam badan. Tidak lupa bertungku yang baik untuk memecahkan darah-darah beku. Saya tetap makan nasi ketika tempoh berpantang untuk memberi tenaga kerana saya menyusu badan.

Amalkan minum air rebusan akar kayu

Dari dulu lagi saya mengamalkan minum air rebusan akar kayu. Sebulan sekali mesti minum. Dan, air suam minuman rasmi. Sebotol air mineral memang sentiasa ada bersama saya ke mana-mana saja

SGMS Enal