Hiburan By: Syamir Shafie January 10, 2024 @ 8:20pm

Rai Ulang Tahun Ke-20, 8TV Mahu Mantapkan Kandungan…Bakal Berkolaborasi Dengan Taiwan & Singapura!

Memang tidak dapat dinafikan 8TV merupakan saluran berbahasa Cina nombor Satu di Malaysia dan telah menghidangkan program-program menarik yang segar.

Bahkan, 8TV bakal mengorak langkah ke peringkat antarabangsa, mengintai peluang berkolaborasi dengan penerbitan luar negara untuk membawakan kandungan TV yang lebih mantap buat penonton setianya.

Pada Isnin yang lalu, 8TV meraikan ulang tahun ke-20 dengan Malam Gala yang menghimpunkan barisan pengurusan kanan Media Prima Berhad, warga kerja 8TV, rakan – rakan penaja serta hampir 100 selebriti dan artis di Hotel Sheraton Petaling Jaya.

Paling menarik dan mengujakan, 8TV mengumumkan kolaborasi antara 8TV dengan pasukan penerbitan luar negara seperti Taiwan dan Singapura untuk membawakan program-program berkualiti buat penonton.

Selepas ‘Mr Player’, 8TV memberitahu untuk meneruskan jalinan kerjasama dengan stesen televisyen Taiwan, Sanlih E-Television (SET) untuk edisi khas program realiti ‘Yes Night Market’ yang menampilkan pengacara popular Taiwan iaitu Lotus Wang, George Hu dan Wills Sia, merkea akan mengendalikan gerai di beberapa pasar malam yang mempunyai tarikan tersendiri.

Trio ini akan belajar menu baharu, mencari formula dan strategi untuk mencapai sasaran pendapatan dalam saingan yang amat sengit di setiap pasar malam yang ditetapkan.

Dalam pada itu, 8TV turut menjalin kerjasama dengan syarikat produksi Singapura dalam penerbitan drama pada tahun ini.

Sejak mula beroperasi pada tahun 2004, 8TV mengutamakan kandungan asli dan inovatif dalam penerbitan program yang berkualiti.

“Sepanjang 20 tahun beroperasi, 8TV terus unggul menjadi pilihan utama penonton Malaysia dengan memberikan informasi terkini dan kandungan program yang berkualiti khas buat penonton setianya.

“Kami rasa teruja dan berbesar hati kerana 8TV telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian bagi jutaan keluarga di Malaysia selain menjadikan 8TV sebagai teman setia mereka selama ini.

“Kepercayaan serta sokongan daripada penonton setia 8TV inilah yang membuatkan stesen ini berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai saluran berbahasa Cina nombor Satu di Malaysia,” kata Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios.

Sementara itu, Malam Gala Ulang Tahun Ke-20 Tahun 8TV dihoskan oleh trio pengacara yang berpengalaman iaitu Owen Yap, Natalie Ng dan Fiza Sabjahan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Kumpulan, Media Prima Berhad, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid; Ketua Pegawai Operasi, Media Prima OMNiA, Stephanie Wong; Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios, Nini Yusof; Ketua Pegawai Operasi TV3 & Tonton, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Ketua Pegawai Pemasaran Media Prima Berhad, Amir Rasyidi Johari; dan Ketua Pegawai Operasi 8TV, Kevin Foo.

Media Prima Omnia turut melancarkan ‘MP Biz Alliance’, sebuah kelab keahlian VIP untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Cina Malaysia. Ia merupakan satu platform bagi VIPs untuk mempelajari kemahiran baharu, berkongsi info bisnes dan media. Ia juga bertujuan menjadi pusat latihan elit dan integrasi sumber.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 14 Nov 2023
Featured Wed, 27 Jul 2022
Hiburan Thu, 20 Sep 2018

Kumpulan Estranged Kini Jual CD?

Wow! Dah lama tak dengar khabar dari Kumpulan Estranged kan?

Hiburan Sat, 27 Nov 2021

“Saya Tak Nak Susahkan Orang” – Tolak Tawaran Pengacaraan, Karl Shafek Tak Ralat

Pengacara dan pelakon, Karl Shafek tidak ralat apabila terpaksa menolak beberapa tawaran dalam bidang pengacaraan. Menurut Shafek atau nama sebenarnya, Khairul Shafek Ibrahim, 41, dia tidak mahu membuat banyak perkara dalam satu masa. “Saya dah […]

Featured Tue, 14 Jun 2022
Featured Fri, 24 Mar 2023
Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Che Ta Ajar Intan Liana Teknik Apa Tu?

Intan Liana nampaknya tidak berdiri sendiri apabila beliau turut mendapat sokongan ramai rakan artis termasuklah, Che Ta

Hiburan Wed, 21 Nov 2018