Hiburan By: Maya Basir November 14, 2023 @ 12:12pm

Ryzal Ibrahim Durian Kimchi Digelar B*doh Sebab Bertutur Bahasa Korea Dengan Anak, Netizen Tampil ‘Back Up’!

Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim atau dikenali sebagai Ryzal Durian Kimchi digelar bodoh oleh seorang individu gara-gara bertutur dengan anaknya, Rina dalam Bahasa Korea.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, individu yang dikenali sebagai Tiger seakan mempertikaikan penggunaan bahasa Ryzal seperti tidak berbangga menggunakan bahasa Melayu.

“Dok bakpa yang mu dok cakap melayu dengan anok, mu ingat cakap melayu ni komang ke bodoh?,” ujarnya.

Tidak berdiam diri, Ryzal tampil membidas kenyataan individu itu dan memberitahu dia menggunakan tiga bahasa dengan anaknya bergantung kepada situasi.

Dipercayai, ketiga-tiga bahasa tersebut adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Korea.

“Astagfirullah makcik jaga la kata-kata. Saya gunakan 3 bahasa bila bertutur dengan anak, bergantung pada situasi dan tempat.

“Makcik ni yang saya risau, nama pun Tiger, habitat yang hampir pupus tu Makcik,” balasnya.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen turut mempertahankan Ryzal yang menggunakan pelbagai bahasa dengan Rina.

“Sibuk je. Biar lah anak dia. Lagi pun mak Rina orang Korea. Macam kita juga kadang-kadang speaking dengan anak-anak sedangkan ‘pure’ Melayu.

“Ya Allah Makcik apa kata-kata macam tu. First time ke tengok vlog Ryzal. Macam-macam bahasa dia cakap dengan Rina.

“Dah dia nak balik Korea, cakap lah Korea. Kalau dia balik Kelantan, dia cakap lah Kelantan,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 2 Nov 2025

‘Seoul Cinta’ Satukan Fitri Farok, Siti Khadijah Dalam Kisah Cinta Penuh Rahsia Di Kota Romantik

Seoul Cinta mula bersiaran 31 Oktober 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di slot Akasia TV3

Hiburan Tue, 14 Mar 2023
Featured Tue, 2 Jul 2024

Pelawak Dan Isteri Direman Dua Hari Sebar Maklumat Dalaman Polis

Siapakah gerangan pelawak itu🧐🧐🧐

Featured Sat, 1 Mar 2025

Wanita Warga Jepun Ditemui Maut Terjatuh Dari Tingkat 4 Kondominium

Kes ini disiasat sebagai laporan mati mengejut.

Trending Wed, 19 Sep 2018

Jimat RM 200, DIY ‘Repair’ Mesin Basuh Dengan Mudah. Sejam Dah Siap!

Tidak perlu lagi keluar duit untuk membaiki mesin basuh anda.

Featured Wed, 20 May 2026

Kongsi Video H*sap Rok*k, Zul Ariffin Mohon Maaf – “Jangan Cakap Macam Saya Sokong, Itu Tak Baik!”

Zul Ariffin menegaskan dia tidak berniat membalas komen berbaur sindiran kepada pihak Public Health Malaysia (PHM) berhubung isu viral melibatkan dirinya baru-baru ini.

error: Content is protected !!