Featured By: Maya Basir December 16, 2022 @ 12:03pm

Raih Peminat Dari Dalam Negara & Serantau Asia Tenggara, Ejen Ali Musim Ke-3 Terima Anugerah!

Siri animasi Ejen Ali Musim Ketiga berjaya meraih anugerah antarabangsa berprestij iaitu Program Animasi 3D Terbaik menerusi Asian Television Awards yang ke-27 di Singapura, baru-baru ini.

Anugerah ini merupakan usahasama buat julung kalinya antara Primeworks Studios, WAU Animation dan Disney+ Hotstar dimana penontonnya bukan sahaja dari dalam negara tetapi juga serantau Asia Tenggara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh, dia sangat teruja dengan pencapaian yang diterima serta sokongan yang diterima daripada peminat.

“Pencapaian ini adalah sesuatu yang harus diraikan. Kami sangat teruja dengan pencapaian yang diterima oleh Ejen Ali Musim 3 ini.

“Sokongan daripada peminat tegar animasi ini menyuntik semangat pasukan kreatif kami untuk terus bekerja keras dan menghasilkan idea-idea yang lebih menarik.

“Terima kasih kami yang tidak terhingga kepada WAU Animation dan Disney+ Hotstar kerana memberi peluang berkolaborasi dan meluaskan platform Ejen Ali Musim 3 ini,” katanya.

Tidak terhenti disini, Khairul serta tenaga kerja yang lain bakal menghasilkan kandungan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Teruskan menanti kandungan yang lebih menarik dan berkualiti daripada tenaga kerja kami dan sentiasa berikan sokongan yang mantap kepada industri animasi tanah air.

“Kami di Rangkaian Televisyen Media Prima juga turut bangga dengan dua lagi program kami yang telah tercalon di Asian Television Awards ke-27 iaitu My Dream My Wish bagi Drama atau Telemovie ‘Single’ Terbaik (8TV) dan Women Talk bagi Program Bual Bicara Terbaik (TV3),” ujarnya.

Ejen Ali Musim 3 telah ditayangkan di Disney+ Hotstar pada 25 Jun 2022 dan merupakan kesinambungan bagi Ejen Ali: The Movie.

Jalan penceritaannya lebih mendalam dimana Ejen Ali terpaksa meneruskan tugasnya di Arena MATA tanpa alat peranti IRIS.

Tekad untuk mengikut jejak langkah ibunya sebagai juara, Ali kemudian berdepan dengan cabaran bertentangan dengan Ejen Antarabangsa yang licik dan berdaya tahan yang hebat.

Pada masa yang sama, kumpulan jahat Numeros kembali untuk menjatuhkan MATA dan bandaraya futuristik Cyberaya.

Bagi peminat tegar Ejen Ali Musim Ketiga, siri animasi ini masih boleh ditonton secara eksklusif di Disney+ Hotstar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Aug 2022

“Saya Suka Tengok Dia Sebab…” – Ini Respons Shuib Apabila Dijodohkan Dengan Wan Sharmila

Wahhh! Kalau memang berjodoh apa salahnya kan.. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka berdua.

Trending Mon, 9 Dec 2019

Gunung Berapi White Island Di New Zealand Meletus

Sekurang-kurangnya lima terkorban dan selebihnya masih belum dikenal pasti

Featured Fri, 20 May 2022
Hiburan Tue, 28 Mar 2023
Hiburan Wed, 16 Oct 2019

一起与TikTok舞起来!争取成为「dimsum Thai Pop 2019」开场嘉宾

配合11月10日举行的「dimsum Thai Pop 2019」dimsum将于TikTok联手,打造主题标签舞蹈挑战 #dimsumThaiPop2019。

Eat Travel Thu, 7 May 2020

Walaupun berstatus paya, cantiknya luar biasa

Jangan kata ‘tidak’ sebelum anda lihat terlebih dahulu

Featured Tue, 4 Jun 2024