Raisa Dedah Pertemuan Pertama Dengan Meerqeen & ‘Lamaran’ Berlakon Dalam Muzik Video

Penyanyi cantik dari Indonesia, Raisa mendedahkan pertemuan pertamanya dengan Meerqeen yang akhirnya membawa kepada lamaran untuk mengajak aktor itu berlakon dalam muzik video (MV) terbaharunya yang berjudul Tak Berharap Lagi.

Perbualan secara santai semasa menghadiri sebuah acara di Jepun menjadikan Meerqeen sebagai calon pilihannya untuk membuat penampilan khas dalam muzik video berkenaan.

“Sebetulnya saya pernah bertemu dengan Meerqeen di acara sebuah jenama di Jepun dan kami berbual-bual santai.

“Selepas pulang, saya masih memikirkan siapa yang bakal menjayakan muzik video Tak Berharap Lagi kerana sebelum ini saya kerap bekerja dengan ramai artis Indonesia.

“Ketika itulah saya teringat Meerqeen dan terus mengirimkan mesej kepadanya secara peribadi, disusuli perbincangan lanjut antara pengurusan saya dan dia sehingga kerjasama ini direalisasikan,” jelasnya.

Berkongsi tentang proses pembikinan MV tersebut, pelantun lagu Kali Kedua itu berkata, semua urusan berjalan dengan lancar dan sebaik sahaja perbincangan selesai, Meerqeen terus terbang ke Bali untuk penggambaran selama beberapa minggu.

“Alhamdulillah, semuanya lancar dan penggambaran disempurnakan dalam separuh hari sahaja,” ujarnya.

Single serta muzik video yang dilancarkan pada 16 Disember lalu ini merupakan kerjasama pertama Raisa dengan penyanyi dan komposer terkenal, Andmesh Kamaleng.

ARTIKEL BERKAITAN: Tampilkan Meerqeen Dalam Video Lirik, Raisa Tutup 2023 Dengan Single Tak Berharap Lagi

Sumber: Kosmo

Maya Basir