Cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail, 66, atau Chef Wan tidak dapat menahan sebak apabila lagu Kasihnya Ibu diputarkan di Studio Buletin FM pada Isnin.
Ia selepas Chef Wan berkongsi cerita mengenai pemergian arwah ibunya, Allahyarham Noraini Abdullah yang meninggal dunia, pada 12 Januari lalu.
Dan keaadan bertukar pilu apabila lagu nyanyian Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini diputarkan.
Hantaran itu di kongsi menerusi Instagram Buletin FM ketika program Catch Up Bicara Petang Close Up Bersama Datuk Chef Wan di aplikasi Audio plus.
Difahamkan, ketika temu bual berlangsung, Chef Wan mengakui bukan mudah untuk seseorang itu berdepan dengan kehilangan insan yang tersayang, namun sebagai manusia itu adalah lumrah dalam kehidupan yang perlu diterima.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet di luar sana turut berdukacita melihat Chef Wan, malah ada yang dapat merasai kesedihan yang dialami akibat kehilangan insan tersayang.
Bagus Aslam, rajin cari rezeki untuk dua isteri!
Bukan kesalahan perempuan aje tau!
Abby Abadi reda menerima ujian ini.
Pandangan mata Bella tu penuh dengan rasa cinta untuk Aliff Aziz 🥲🥹 Sedihnya..
Kita tak rasa apa yang isteri Caprice lalui..
Gila betul orang zaman sekarang ni ek 🥵