Hiburan By: Maya Basir June 22, 2023 @ 12:37pm

Rasa Rindu Menguasai Diri, Nine Hadiahkan Peminat Rindumu Memanggilku

Pertama kali bergerak solo, Nine tampil melancarkan lagu baharu berjudul Rindumu Memanggilku pada 6 Jun yang lalu sebagai buah tangan untuk peminat.

Lagu Rindumu Memanggilku merupakan lagu yang dicipta sepenuhnya oleh komposer terkenal, Ajai dimana Nine sudah tertarik apabila mendengarkan lagu ini buat pertama kali.

Jelasnya, ada banyak kekuatan dan keistimewaan pada naskah tersebut dan tidak lari jauh daripada muzik RNB yang menjadi ‘nadi’ Nine sejak dulu lagi.

“Memang agak lama sebenarnya saya tidak hadir dengan produk baharu dan apabila diberikan kesempatan untuk merakamkan Rindumu Memanggilku, ia merupakan satu peluang yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.

“Lagi satu ini merupakan kerjasama pertama saya dengan Ajai selaku komposer, pastinya saya berbesar hati dan gembira. Ini memang satu pengalaman yang menarik dan manis buat saya secara peribadi,” jelasnya.

Lagu ini berkisahkan tentang seorang lelaki yang kehilangan orang tersayang dalam sebuah perhubungan. Saban hari rasa rindu mula menguasai diri sehinggakan segala kenangan bersama kembali dalam ingatan.

Menurut Nine atau nama sebenar Mior Zulkarnain bin Mohd Zamhuri, isi cerita lagu ini bukan untuk menambah kepedihan sebaliknya mahu bangkit daripada kesedihan dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Saya berharap lagu ini akan diterima baik oleh pendengar. Kita dah berusaha dan selebihnya saya serahkan kepada Allah sahaja. Setidaknya saya mahu lagu ini mengembalikan semula nama Nine untuk terus diingati,” katanya.

Terdahulu, Nine mencipta nama bersama kumpulan Phyne Ballerz sebelum berhijrah seketika bersama Ruffedge pada 2008 hingga 2011 dan bersama duo Billy Zulkarnain pada 2018.

“Perjalanan yang akan ditempuhi kali ini memang berbeza jika mahu dibandingkan dengan dahulu.

“Ini merupakan pengalaman baharu dan saya gembira untuk memperkenalkan nama Nine kepada peminat generasi baharu dan dalam masa yang sama melepas rindu peminat yang lama” ujarnya.

Lagu Rindumu Memanggilku terbitan Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dan diedarkan oleh Indigital Music juga sudah berada disemua platform digital dan muzik video (MV) pula boleh ditonton melalui YouTube Indigital Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Feb 2024

Kerap Digandingkan Dengan Heroin Cantik, Shukri Yahaya Tiada Sebab Menduakan Isteri

Insya Allah, semoga yang baik-baik buat Shukri Yahaya dan isteri

Hiburan Wed, 27 Mar 2024

“You Dah Sondol, Sekarang You Di Sondol” – Rita Rudaini Anggap Bekas Isteri Kedua Safee Sali Terima Kifarah Allah, Dakwa Tahu Kisah Sebenar

‘You tak peduli pun perasaan bekas isteri dan anak-anak dia dulu’ – Rita Rudaini.. Alamak! 👀

Hiburan Thu, 7 Sep 2023
Featured Tue, 11 Apr 2023
Hiburan Tue, 4 Jul 2023

Keluarga Terkesan, Shuib Buru John Dihani… Heret Ke Mahkamah – “Fitnah Melampau, Nampak Macam Saya B*n*h Isteri Saya”

Nampaknya John Dihani dah minta maaf secara terbuka kat IG dia tu, tapi Shuib terima ke? 😌😌

Hiburan Fri, 26 Jan 2018

FINALLY! YUNA SAH BERGELAR ISTERI ADAM YOUSOF SINCLAIR

Tahniah Yuna dan Adam Yousof Sinclair kerana telah sah bergelar suami isteri