Categories: HiburanSelebriti

Ratu Rock Ella Skylovers Rupanya!

Dalam banyak-banyak aksi penyampai-penyampai anugerah di ABPBH 32 baru-baru ini, telatah Ratu Rock Malaysia Ella mencuri perhatian netizen. Ella merupakan salah seorang penyampai anugerah bagi kategori Pelakon TV Lelaki Popular  dan siapa sangka beliau sebenarnya peminat…Syafiq Kyle. Lihatlah betapa terkejut bercampur gembiranya Ella apabila melihat nama pelakon Syafiq Kyle muncul sebagai pemenang!

 

 

Ella tidak dapat menahan perasaan terujanya apabila pelakon yang sangat diminati memenangi trofi yang bakal disampaikan sehinggakan aksi comel Ella sewaktu menjadi penyampai anugerah di ABPBH 32 itu menjadi viral di laman twitter.

Warganet pula rata-rata terhibur dengan gelagat Ella yang mencuit hati dan ianya mendapat komen-komen positif dari netizen sehingga kan tweet dari @syazaizzatii ini mendapat 7900 Retweet dan lebih dari 10000 Likes!

 

 

 

 

 

 

Penyanyi ‘Permata Biru’ ini memang terkenal dengan aksi manja dan lentoknya, sama ada semasa membuat persembahan konsert mahupun ketika berinteraksi dengan peminat atau ditemubual wartawan. Malah ada yang menyarankan Ella menjadi hos ABPBH 33 tahun depan. Apa kata netizen? 

Del14