“Hang Lah Batu Api Besar, Acah Terpaling Bagus” – Rita Rudaini Bidas Kenyataan Zaquan Adha

Pelakon Rita Rudaini membidas kenyataan bekas adik iparnya, Zaquan Adha ketika menjawab soalan media baru-baru ini.

Menurut Rita, dia mendakwa Zaquan adalah individu yang menjadi batu api dalam konflik rumah tangganya bersama bekas suami, Aidil Zaquan sebelum ini.

“Tajuk ni missleading sebab kami bukan isteri orang tu. Dah lama pun. Jadi, rumah tangga tu silap.

“Orang ni kata tak masuk campur. Kalau dia lupa, mai nak ingatkan dia yang masuk rumah kami dulu ambil semua baju-baju abang dia.

“Hang lah yang send mesej kat abang hang bagitau anak yang aku pregnant tu bukan anak dia.

“Hang lah batu api besar, hang lupa ni,” tulis Rita di ruangan instagram stories.

Rita turut memberi pesanan agar bekas adik iparnya itu tidak memberi sebarang komen berkaitan dirinya lagi

“Lagi satu, kalau tak nak masuk campur, jangan cakap apa-apa. Diam ja. Kita pun tak ada kaitan apa-apa.

“Last sekali hang dan keluarga hang cipta Rita yang baru. Dulu aku lemah korang pijak aku.

“Hang ni tak sudah-sudah acah-acah terpaling bagus,” coretnya lagi.

Untuk rekod, Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan pada 2008 namun bercerai pada 2013.

Hasil perkongsian hidup, Rita dikurniakan dua orang putera iaitu Airit Rayyan Rizqin, 15 dan Airit Qaqa Arjuna, 13.

ARTIKEL BERKAITAN: “Leave Us Alone! Kami Sudah Bahagia Dengan Nikmat-Nya” – Rita Rudaini

ARTIKEL BERKAITAN: “Benda Yang Saya Akan Ingat Sampai Mati… Bila Anak Pertama Saya Dikatakan Bukan Anak Kandung Dia” – Rita Rudaini

ARTIKEL BERKAITAN: Masih Jadi Mangsa Sihir, Rita Rudaini Serik Hadap Jenis Kawan ‘Musuh Dalam Selimut’ – “Cukuplah, Biar Saya Berkawan Baik Dengan Anak-Anak”

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Tanya Aidil Zafuan Tak Pernah Tengok Anak? Ini Respons Rita Rudaini: “Tak Payah Berangan Nak Datang, Jumpa Di Padang Mahsyar”

Khairil Khusyairi