[VIDEO] “Kalau Suami Hilang, Cari Di Rumah Kawan” – Bella Astillah Bagi Tips Padu

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mencuri tumpuan warga maya sejak kemelut rumah tangga bersama suami yang juga aktor sensasi, Aliff Aziz.

Terbaharu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella, 30, sekali lagi mencetus perhatian ramai apabila tular sebuah video yang memaparkan dia bergurau di sebuah acara.

Video tersebut memaparkan gelagat pengunjung yang meluahkan kerisauan sekiranya kehilangan suami.

Tidak berdiam diri, pelakon itu lantas membalas perkara pertama yang boleh dilakukan oleh isteri adalah mencari suami masing-masing di rumah kawan.

“Apa abang cakap, jangan risau kalau suami hilang?

“Mestilah saya risau kalau suami hilang, tapi saya ada tips kalau suami hilang kita cari di rumah kawan,” jawab Bella.

Ternyata jawapan balas Bella itu membuat ramai terpukau sehingga mendapat sorakan dan jeritan daripada pengunjung yang hadir.

Pada 11 Mac lalu, Bella Astillah telah memfailkan cerai secara ekspres daripada suaminya, Aliff Aziz di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Awal Mac, kecoh apabila Aliff dan aktres, Ruhainies ditangkap khalwat kerana didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di ibu kota.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Letak Recorder Dalam Kereta Sejak…” – Bella Astillah Dedah Ada Bukti Perbualan Jijik Antara Aliff Aziz, Ruhainies

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Dah Penat Sebenarnya” – Bella Astillah Terkejut Aliff Aziz Enggan Bercerai

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Dakwa Aliff Aziz ‘Dalang’ Sebar Aib Bella Astillah? – “Boleh Nampak Dari Skrin Telefon Tu”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Jemput Dia Makan Bersama Keluarga” – Isu Khalwat Dengan Aliff Aziz, Ruhainies Buka Mulut… Sedia Bincang Dengan Bella Astillah

ARTIKEL BERKAITAN: “Bella Seorang Yang Ceria Tapi Banyak Sembunyi Masalah – Puteri Sarah

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Video Di Mahkamah, Rakan Selebriti Titip Semangat Buat Bella Astillah – “Awak Berhak Untuk Bahagia”

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini Mungkin Yang Terbaik” – Bella Astillah Fail Cerai Secara Ekspres Terhadap Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Lelaki & Pelakon Wanita Ditangkap Khalwat

Khairil Khusyairi