Hiburan By: Padin November 1, 2023 @ 8:01pm

Ruffedge Tampil Dengan 2 Karya Baharu.. Salah Satunya Dengan Penampilan Istimewa Lah Ahmad!

Bagai memiliki kuasa magis, kumpulan vokal hip-hop dan R&B popular, Ruffedge terus tersemat di hati peminat sepanjang usia 25 tahun berkecimpung dalam bidang seni.

Menyemarakkan industri seni tempatan, Ruffedge tampil dengan bukan saja satu malah dua buah tangan baharu iaitu Belenggu dan Putus.

Semangat kumpulan itu kembali membara sejak kejayaan mereka mengadakan Konsert Ruffera That Moment In Time yang berlangsung di Kuala Lumpur dan Singapura beberapa bulan lalu. Mereka sangat teruja dengan buah tangan terbaharu sekali gus mempunyai makna yang tersendiri.

Lebih istimewa, dua karya itu dihasilkan sebagai tanda penghargaan kepada para peminat yang sentiasa menyokong perjalanan kerjaya muzik mereka.

Kumpulan Ruffedge yang terdiri daripada Zain Hamid, Sein, Azan, Mode, dan Cat Farish meluahkan keterujaan dengan buah tangan terbaharu mereka.

Lagu Belenggu dan Putus menampilkan Suffren Ghafar selaku penerbit buat peminat kumpulan yang diasaskan pada tahun 1998 itu.

Manakala lagu Putus pula melibatkan kolaborasi bersama Lah Ahmad sebagai penampilan istimewa dalam single itu.

Sudah tentu nama Lah Ahmad tidak asing lagi untuk tampil bersama Ruffedge. Gabungan dinamik ini pastinya akan memberikan kesan yang mendalam buat pendengar dan peminat setia mereka.

Belenggu

Peka dengan isu semasa dan sosial yang melanda masyarakat sejak kebelakangan ini, kumpulan Ruffedge percaya ramai individu cenderung untuk menyimpan perasaan mereka sendiri.

Ini sekali gus boleh memberikan kesan negatif kepada individu berkenaan. Oleh itu, Ruffedfe mengambil inisiatif untuk mencipta lagu belenggu sebagai satu wadah untuk mengungkapkan perasaan yang dialami oleh individu yang berdepan situasi tersebut.

“Dengan pelancaran lagu Belenggu, kami ingin berkongsi mengenai perasaan dan pengalaman emosi yang mungkin dialami oleh segelintir pihak. Lagu ini juga bertujuan memberi ruang dan inspirasi yang positif kepada yang mengalami hal yang sama,” kata Cat Farish.

Lagu “Belenggu” benar-benar istimewa kerana liriknya mempunyai maksud mendalam dan dihasilkan oleh anggota kumpulan Ruffedge sendiri iaitu Sein, Azan, Mode, dan Cat Farish.

Belenggu menyuntik nafas baharu kerana menonjolkan elemen unik yang belum pernah didengari sebelum ini.

Bagaimanapun, lagu ini tetap memelihara keaslian Ruffedge untuk kekal relevan dalam trend muzik era terkini.

Putus

Putus, seperti tajuknya menggambarkan tentang perasaan yang berakhir dan pastinya membawa emosi yang sangat berat dalam lagu ini.

Menurut Ruffedge, Putus mengisahkan entang perasaan kecewa disebabkan perpisahan yang berlaku sekali gus menghancurkan harapan dan impian yang dibina dalam sekelip mata.

Lagu Putus menjadi lebih istimewa apabila menampilkan kolaborasi bersama Lah Ahmad, selain turut mendapat sentuhan daripada anggota Ruffedge sendiri iaitu Sein, Azan, Mode dan Cat Farish.

Selain itu, Putus yang diterbitkan oleh Ruffedge dan Suffren Ghafar telah mendapat sentuhan lirik daripada Sein, Azan, Mode, Lah Ahmad dan Cat Farish.

Putus yang mengetengahkan genre R&B diharap dapat mengembalikan semula zaman kegemilangan muzik Ruffedge sebagai salah sebuah kumpulan berpengaruh di Malaysia.

Pada masa sama, dengan lahirnya single Belenggu dan Putus (bersama Lah Ahmad), Ruffedge berharap buah tangan baharu mereka dapat diterima baik pendengar sewaktu awal kemunculan mereka suatu ketika dahulu.

Bagi anggota Ruffedge sendiri, mereka percaya bahawa muzik yang mereka ketengahkan memiliki daya penarik tersendiri untuk memikat selera pendengar muda hari ini.

Tidak dinafikan lagi zaman kini mempunyai beberapa cabaran seperti kemajuan dunia teknologi yang semakin canggih dan bergerak dengan pantas memberi kerisauan kepada kumpulan Ruffedge. Namun ini bukan salah satu alasan untuk berhenti dan berputus asa.

“Semoga lagu Belenggu dan Putus (penampilan Lah Ahmad) dapat diterima oleh pelbagai lapisan pendengar bagi menjadikan lagu kami sebagai sumber inspirasi yang positif pada masa akan datang.
Insya-Allah kami akan terus berinovasi dalam menghasilkan karya-karya yang baik dan berkualiti untuk peminat setia yang telah lama menantikan karya terbaharu daripada kami,” ujar Azan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Jun 2019

Pemilik Kucing, Dengar Sini Nabila Huda Nak Pesan!

Saya berdoa supaya satu hari nanti pelaku yang membuang kucing, akan hilang orang paling dia sayang dalam hidup terutama ahli keluarga

Hiburan Tue, 19 Nov 2019

Betul Ke Nasz Sally ‘Kembar’ Sherry Al Hadad?

Empat tahun di dalam industri seni, ramai yang keliru saya dengan Sherry…

Featured Thu, 25 Aug 2022
Hiburan Thu, 5 Sep 2019

‘Ayah Selalu Lost Control’- Anak Ahmad Dhani Sedia Jadi Pengganti?

Ke Mana Tumpahnya Kuah, Kalau Tidak Ke Nasi, kan?

Hiburan Mon, 2 Sep 2019

Dayang dan Hael, Siapa Tumpang Populariti Siapa?

Dua-dua kan memang dah popular. Apa masalahnya?

Hiburan Sun, 21 Apr 2019

Sam Shaffik Juara Mister Planet Nation Malaysia 2019, Tahniah!

Begitu juga para pemenang 5 gelaran istimewa – Sam Syaffik (Mister Favorite), Aidil Amin (Mister Fitness), Azri Rahim (Mister Friendship), Izwan Ali (Mister Talented) telah membawa pulang sash beserta pakej percutian tajaan Erya by Suria dan pakej fotografi ekslusif tajaan Blackpepper Production khas buat Mister Photogenic, Ezrul Rizwan.

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

Jenazah Ibu Mawi Selamat Dikebumikan

Jenazah ibu kepada Asmawi Ani, Ramlah Sarlan, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Taib Andak Kulai, Johor pada jam 11 pagi tadi. Terdahulu, Mawi telah mengimamkan solat jenazah di rumahnya di Teratak Bonda […]

FESYEN Mon, 29 Jul 2019
Featured Tue, 23 Aug 2022