Categories: HiburanTrending

Sajian Program Menarik Bersempena Dengan Kempen Kita Malaysia #BaikSemula

Mari kita mengambil iktibar dan sebarkan semangat juga inspirasi ketika menyambut Bulan Kebangsaan yang istimewa ini. Bersempena dengan Kempen Kita Malaysia #BaikSemula oleh Media Prima Berhad, kami menyajikan pelbagai program inspirasi daripada genre berita, bual bicara, majalah, keagamaan, hiburan dan drama untuk tontonan semua di TV3, TV9, 8TV dan ntv7.

Lagu #BaikSemula ciptaan Faizal Tahir melancarkan muzik video versi baharu untuk menyemarakkan kempen tersebut. Lebih menarik, TV3 bakal menyiarkan program istimewa Malam #BaikSemula pada 28 Ogos 2021 dari jam 10.00 malam hingga 11.30 malam dengan penampilan Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju (K Clique) yang akan berkongsi kisah-kisah menarik di sebalik pembikinan muzik video baharu ini.

Sambutan Hari Kebangsaan 2021 menjadi lebih bermakna apabila program ini turut memberi penghargaan tinggi kepada petugas barisan hadapan yang komited dengan amanah dan tanggungjawab mereka serta para atlet yang mengharumkan nama negara di Sukan Olimpik 2020 tanpa rasa gentar dengan wabak Covid-19 yang telah banyak meragut nyawa.

Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) sentiasa mendengar suara hati penonton dan memaparkan isu-isu semasa yang menjadi kepentingan masyarakat di kala negara sedang diancam wabak berbahaya itu. Sejak pandemik, Buletin Utama TV3, Berita TV9 dan Mandarin News 8TV sentiasa memaparkan laporan berita terkini dari dalam dan luar negara. Laporan berita yang eksklusif, mengupas isu-isu semasa pandemik secara mendalam dan lebih terperinci untuk memenuhi kehendak komuniti yang pelbagai.

Bersempena dengan sambutan bulan Kebangsaan, Buletin Utama mengadakan segmen khas 3 minit “Semarak Jiwa Merdeka’ dari 15 hingga 31 Ogos dan Hari Malaysia (16 September 2021). Kita masih belum menang dalam perjuangan untuk memerdekakan Malaysia daripada ancaman wabak maut ini.

Selain paparan tokoh-tokoh negara memperjuangkan kebebasan Tanah Melayu daripada penjajahan kuasa asing, Laporan Khas juga menyingkap keadaan semasa rakyat Malaysia yang kini sedang bergelut memperjuangkan kebebasan daripada ancaman pandemik ini.

Ia juga meliputi pelbagai bidang daripada politik, pendidikan, isu wanita, juga paparan wira-wira yang berbakti tanpa mengharapkan balasan dan tidak meminta usaha mereka didendangkan oleh masyarakat.

Segmen Pintu Rezeki akan disiarkan setiap hari Isnin selama 3 minit menerusi Berita TV9 pada jam 7:00 malam. Segmen ini adalah untuk memberi inspirasi kepada penonton bagi menjana pendapatan di kala situasi penularan virus Covid-19 sedang mengganas.

Pelbagai genre program terbitan TV3 seperti Tanyalah Ustaz, Majalah 3, Helo Doktor, Nona, Malaysia Hari Ini (MHI), Wanita Hari Ini (WHI), Borak Kopitiam, Bersamamu, Melodi, Muzik Muzik dan MBuzz, juga akan berkongsi topik-topik istimewa sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Majalah 3 yang bersiaran setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, bakal menyingkap sejarah dan kisah menarik Bangunan Sultan Abdul Samad pada 30 Ogos 2021 dan memaparkan segmen istimewa buat petugas barisan hadapan pada 13 September 2021.

Bangunan ikonik itu menjadi saksi peredaran masa negara dari saat Tanah Melayu masih di bawah jajahan pihak British dan Jepun, hari bersejarah ketika mencapai kemerdekaan, penubuhan Malaysia, tragedi hitam 13 Mei 1969 dan terkini, ancaman wabak Covid-19 yang telah memberikan impak besar kepada ekonomi serta pembangunan negara.

Di TV9 pula, Berita TV9 Jam 7:00 malam akan berkongsi segmen menarik iaitu Pintu Rezeki selama 3 minit. Segmen ini akan memberi inspirasi kepada penonton untuk menjana pendapatan dikala situasi penularan virus Covid-19.

Jangan ketinggalan juga untuk menonton dokumentari khas ‘Jalur Gemilang’ yang bakal bersiaran pada Hari Malaysia 16 September 2021 jam 8.30 malam. Ia akan mengimbau sejarah di sebalik nama gah Jalur Gemilang bendera Malaysia. Apakah kepentingan bendera dalam perspektif Islam? Dan apakah peranannya dalam pembinaan negara? Semuanya akan terjawab di dalam dokumentari ini.

Ikuti saluran bahasa Cina nombor 1 di Malaysia iaitu 8TV dengan perbincangan pelbagai topik menarik berkaitan tema Hari Kebangsaan menerusi program bual bicara Living Delight dan 8 E News, begitu juga dengan Mandarin News yang akan memaparkan laporan khas. Selain itu, penonton 8TV juga akan terhibur dengan filem istimewa All The Wrong Clues dengan gandingan mantap pelakon popular Hong Kong, George Lam dan Teddy Robin pada 31 Ogos 2021, jam 3.30 petang.

Sementara itu, bermula 18 Ogos ntv7 menerusi DidikTV KPM akan memeriahkan studio dengan tema berlatarbelakangkan Hari Kebangsaan dan mengetengahkan subjek-subjek yang bersesuaian dengan tema sempena Bulan Kebangsaan dalam slot Teroka (pra-sekolah, tahap II, menengah atas) dan slot Mahir (pra-sekolah dan tahap II). Tiga drama menarik juga turut disiarkan iaitu Bebaskan Anak Kita, Epok dan Tok Samad.

Sama-sama kita meriahkan Kempen Kita Malaysia #BaikSemula. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, TV9, 8TV & ntv7, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia @TV9Malaysia @8tvchinese @ntv7Malaysia. Gunakan #KitaMalaysia #BaikSemula untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.

Padin