Anak kedua penyanyi Nora Ariffin, Alif Johan atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan Nawawi, 20, meninggal dunia akibat sesak nafas, pagi tadi.

Alif dipercayai ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kediaman keluarganya awal pagi tadi sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM).

Lebih menyedihkan, Nora baharu saja tiba di Singapura untuk menghadiri sebuah acara, terpaksa berpatah balik ke Malaysia ketika menerima berita sedih itu.

Alif Johan sebelum ini pernah tersenarai antara 20 protege program realiti Mentor Milenia 2019 di TV3.

Pada Mac 2017, peminat pernah dikejutkan berita kematian bapa Alif, komposer Johan Nawawi akibat serangan jantung.

Salam Takziah Nora! Alfatihah.

Oleh: Guy Masaki.

SGMS Enal