Hiburan By: SGMS Faida October 3, 2018 @ 11:00am

Isteri Rancang Persembahan Amal Kutip Sumbangan Untuk Saleem

Isteri kepada penyanyi Saleem, Juriah @ Julia Bachok memaklumkan pihaknya merancang mengadakan persembahan amal bertujuan mengumpul sumbangan bagi membiayai kos perubatan suaminya.

Saleem yang kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur semakin positif apabila sudah sedar dan sudah dipindahkan ke wad biasa semalam.

“ Perbincangan dengan penganjur dan beberapa pihak sedang berjalan. Mungkin persembahan ini diadakan apabila suami sihat dan dia boleh hadir ke lokasi untuk sama-sama menonton.

“ Di Kuantan sudah ada pihak berminat menganjurkan persembahan amal bagi membantu Saleem.

“ Kami sudah capai kata persetujuan tetapi bergantung kepada tahap kesihatan Saleem. Tunggulah dia sihat sikit kerana saya akan membawanya ke sana,” katanya.

Persembahan itu bakal menyaksikan barisan artis menyanyikan lagu dendangan Saleem.

Penyanyi terkenal dengan lagu Suci Dalam Debu terlibat dalam kemalangan pada 20 September lalu selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah kereta dari arah belakang ketika keluar membeli barang. Semoga diberi kesembuhan dalam kadar segera, Insya Allah…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 22 Jun 2022

#WhazzupNetizen: Bantuan BKM Bujang Naik RM50, Sharifah Sakinah Berang Rambut Anak Diejek & Video Keselamatan MAS Dapat Banyak Reaksi

Segmen #WhazzupNetizen minggu ini! Alhamdulillah, syukur bantuan ditambah ☺️ Rambut anak Sharifah tu unik laaa 🤩 Haa, video keselamatan MAS siapa dah tengok? Meh komen sikit letopz ke tak? 🤩

TECH Wed, 24 Oct 2018

Cara Kenal Pasti Isyarat Telco Terkuat Untuk Kawasan Anda

Kenalpasti liputan rangkaian mana yang lebih bagus untuk sesuatu kawasan.

Featured Tue, 15 Nov 2022

Nabila Razali Sambut Birthday Ke-30, Aedy Ashraf Suapkan Kek

Penyanyi Nabila Razali baru sahaja menyambut hari kelahirannya yang ke-30 pada 13 November lalu. @nabila.razaliiHappy Birthday Nabila Aulia 🌷♬ Akad – Payung Teduh Menerusi video berdurasi 31 saat yang dikogsikan di TikTok, Nabila menyambut hari […]

Hiburan Mon, 29 Jan 2024

Dompet Hantaran Nikah Tercicir, Imran Aqil Cuai Gara-Gara Tertidur Dalam Pawagam! Rupanya Ada Yang…..

Alamak…. dahlah dompet tu hadiah hantaran nikah! Lepas ni jangan lalai yerr..

Hiburan Thu, 16 May 2019

Aliff Aziz Mohon Ruang

Bella Astilah mengumumkan mahu mengundurkan diri dari hidup Aliff

Hiburan Thu, 31 Oct 2019

Akhirnya Bersemuka…Rita Pertimbangkan Saman

Jangan main api, akhirnya binasa diri!

Hiburan Mon, 9 Apr 2018

Buang Lemak! Sherry Al- Hadad Diberi Amaran

Mana taknya, dahulu sahaja berat Sherry sudah mencecah sebanyak 119 kilogram dan selepas tiga bulan Sherry sudah berjaya menurunkan berat badannya sehingga 108 kilogram. Namun, menurut Sherry sasarannya adalah untuk menurunkan berat sehingga bawah 100 kilogram dalam masa dua bulan sahaja lagi. Wow!