Salute! Netizen Puji Tindakan Sharnaaz Ahmad Titip Ucapan Penghargaan Buat Ibu & Bekas Isteri

Sambutan Hari Ibu antara sambutan yang cukup memberi nilai sentimental buat semua rakyat Malaysia bahkan di seluruh dunia demi menghargai jasa dan pengorbanan insan teristimewa dalam kehidupan termasuklah, pelakonĀ popular, Sharnaaz Ahmad.

Menerusi perkongsian Ā di Instagram, Sharnaaz dilihat memuat naik foto bersama kapsyen istimewa buat ibu tercinta dan bekas isterinya, Noor Nabila Mohd Noor.

ā€œKedua-dua wanita ini memberi kesan dan merupakan hadiah yang sangat besar dalam hidup saya. Terima kasih yang tidak terhingga buat Mama dan Mummy Nabila.

ā€œTanpa anda berdua saya tidak akan berada disini. Terima kasih mama dan Mummy Nabila. Dan kepada semua ibu di luar sana, kami sayangkan anda!,ā€ katanya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, kakak kepada Neelofa itu juga dilihat meninggalkan komen di ruangan balas berkenaan.

ā€œTerima kasih baba,ā€ tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut aktir berkenaan meninggalkan pelbagai respons positif.

Malah, ada yang memuji sikap Sharnaaz yang sentiasa menghargai jasa dan usaha bekas isterinya itu dalam membesarkan anak mereka, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia 4 tahun.

ā€œSalute lah Sharnaaz. In whatever situation pun dia appreciate orang yang lahirkan anak dia. Jebat bertuah ada babah yang hebat.

ā€œMacam ni lah bagus. Bukan sahaja menghargai ibu tapi isteri yang melahirkan anak.

ā€œBagus Sharnaaz ni, selalu menghormati dan menghargai. Hero kami,ā€ komen netizen.

Ā 

Tidak habis disitu, Sharnaaz juga membuat hantaran semula video yang dimuat naik Nabila menerusi Instagram Story miliknya.

ā€œHappy mothers day Mummy! The best Mummy in the world. Terima kasih Mummy!ā€ Tulisnya pada paparan skrin video berkenaan.

Salma Syahbuddin