Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Hiburan By: Padin March 1, 2024 @ 8:04am

Sambungan Konsert Yunaverse, Yuna Teruja Bakal Hiburkan Peminat Di Supalapa

Penyanyi antarabangsa Yuna teruja untuk menghiburkan pemimat di Festival Supalapa yang bakal berlangsung di Resorts World Awana, Genting Highlands pada 2 dan 3 Mac ini.

Menurut Yuna, persembahan di Supalapa merupakan sambungan kepada konsert Yunaverse yang berlangsung tahun lalu.

“Persembahan saya akan berlangsung dalam durasi satu jam. Sebenarnya persembahan kali ini macam sambungan kepada show Yunaverse tempoh hari.

“Ada set lagu yang sama cuma sebab masa untuk festival pendek sikit jadi kita cuba untuk compresskan untuk 1 jam. Ada penari dan saya akan bawakan lagu baru dan lama. Saya rasa teruja membuat persembahan untuk peminat di Malaysia,” katanya.

Masih gementar untuk bertemu dan menghiburkan peminat, Yuna menjanjikan persembahan terbaik untuk mereka yang menghadiri festival terbabit.

“Bila buat persembahan, sudah pasti akan gementar. Saya sudah 15 tahun membuat persembahan tetapi setiap persembahan adalah unik dan istimewa. Tak boleh samakan sebab bagi saya, bila saya perform, ada yang tak pernah tengok.

“Ia menjadi pengalaman kali pertama buat mereka. Saya nak bagi a good first impression buat mereka. Jadi, bahagian itu membuatkan saya gementar. Selepas itu, semuanya baik-baik sahaja,” katanya lagi.

Lebih 40 bintang antarabangsa bersama karyawan tempatan dengan pelbagai genre muzik dan hiburan tanpa had dihimpunkan sepanjang tempoh penganjuran sulung Festival Supalapa.

Tiësto, The Kid Laroi, EAJ, Somi, XG, Ali Gatie, Armani White, Tones and I, Ian Asher, Keemokazi, Paul Van Dyk, Rave Republic, Notep, antara lebih 40 nama bintang ternama antarabangsa yang sedia menanti peminat pada festival yang berlangsung selama dua hari ini.

Bersama mereka, bintang tempatan Yuna, Siaxse, Kidd Santhe, Talitha, Cluadia, Belle Sisoski,Jovynn, Coex, Forceparkbois & DJ Ziqq Axel Groovejuga siap membuat pengunjung teruja dengan persembahan mereka.

Dan di Festival Supalapa ini, pengunjung yang hadir boleh menikmati tiga genre muzik sekaligus dari EDM, Pop dan K Pop.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 9 Mar 2019

Bekas Kekasih Kahwini Syahrini, Luna Maya Tetap Kuat

Dah tiada jodoh, sabarlah Luna…Insya Allah ada jodoh baik menanti lepas ni.

Hiburan Wed, 26 Feb 2025

Usaha Berdamai dengan Anak Tiri Gagal, Nora Ariffin Dakwa Reputasi Terjejas

Nora Ariffin dakwa Anak tiri abai tuntutan usaha nak perbaiki masalah

Hiburan Wed, 3 Jan 2024

Isteri Selamat Melahirkan Anak Lelaki, Ryan Bakery Bergelar Bapa

Alhamdulillah congrats Ryan & Elyia! 🤲🏼 Lepas ni ada content Ryan junior 😍

Hiburan Thu, 19 Oct 2023
Hiburan Wed, 20 Jun 2018

Asyik Ditanya Soalan Sama, Zizan Razak Dah Lali

Saya dah biasa dengan soalan kahwin, paling tidak pun, saya hanya akan tersenyum dan saudara-mara juga sudah memahami serta mereka tidak masuk campur sangat. Baguslah macam tu Zizan, steady!

Events Wed, 14 Dec 2022

Susulan Dakwaan Pukul Bekas Isteri, Radhi OAG Mahu Selesai Kes Cara Baik -“Moga Allah Lembutkan Hati Dia”

Radhi berharap bekas isterinya dapat selesaikan perkara ini dengan baik

Events Wed, 4 Mar 2020

[VIDEO] Ini Rancangan TV Terakhir Abam Sebelum ‘Pergi’, Confirm Bikin Ramai Netizen Sebak!

Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman

error: Content is protected !!