“Sangat Mencabar, Tapi Saya Rasa Saya Akan…” – Ismail Izzani Akui Sukar Buat Pilihan

Penyanyi dan pelakon, Ismail Izzani mengakui sukar untuk dirinya membuat pilihan sama ada memilih bidang lakonan ataupun menjadi seorang penyanyi.

Perkara itu dikongsi Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Izzani Zainal Nazeri, 21, apabila seringkali dilihat muncul di kaca televisyen sebagai seorang pelakon berbanding bergelar penyanyi.

Menurutnya, menjadi seorang pelakon adalah ‘target’ untuk dirinya mencuba sesuatu yang baharu sepanjang bergelar anak seni namun, itu bukanlah pilihan utama beliau kerana menyifatkan bidang nyanyian sebagai keutamaan.

“Ini adalah soalan yang sangat susah, tapi saya rasa saya akan pilih menyanyi. 

“Saya akui bidang lakonan ini sangat menyeronokkan kerana kita dapat jumpa ramai orang dan belajar banyak benda tapi, passion saya more to singing,” katanya ketika sesi sidang media drama Dendam Penunggu baru-baru ini.

Terbaharu, Ismail akan muncul dalam filem bergenre seram, Dendam Penunggu yang akan disiarkan menerusi platform tonton Cinema bermula 5 November 2021.

Memegang watak sebagai Zul iaitu seorang yang pentingkan diri sendiri, Dendam Penunggu turut mengetengahkan mesej anti buli dalam kalangan pelajar sekolah.

Selain Ismail Izzani, Dendan Penunggu turut dibintangi pelakon, Shalma Eliana, Bella Dowanna, Imran Aqil, Sherry Alhadad,  Amerul Affendi dan ramai lagi pelakon hebat tanah air.

Jadi jangan ketinggalan, untuk saksikan Dendam Penunggu eksklusif di tonton Cinema #IkutCaraYou.

 

Salma Syahbuddin