Sarah Fazny Bawa Diri Ke Jakarta?

Penyanyi yang mula lahir daripada program realiti Mentor Legend, Sarah Fazny mengaku dia kini dalam proses menyertai uji bakat sebuah program besar di Indonesia.

Khabarnya, penyanyi Urusan Hati ini sedang bersiap sedia sebelum naik ke pentas uji bakal Liga Dangdut dalam masa terdekat. Whoah, good luck dear

“ Saya berharap rezeki berpihak kepada saya kali ini.

“Terlalu awal untuk bercakap tentang ini kerana belum ada sebarang pengesahan daripada produksi di sana.

“ Doakan yang terbaik supaya ada rezeki saya beraksi dalam pertandingan itu,” katanya.

Sarah Fazny juga berjanji akan memberitahu keputusannya sebaik saja mendapat jawapan daripada sana.

Menurut sumber, nama penyanyi yang dikenali menerusi lagu Urusan Hati itu sudah berada dalam senarai utama bersama beberapa artis tempatan lain.

Kami berharap nama Sarah akan terpilih kali ini! Sebelum ini, Sarah pernah mencuba nasib menyertai program D’Academy Asia musim lalu, namun atas sebab teknikal, namanya tercicir.

Liga Dangdut yang dijenamakan semula daripada program popular, D’ Academy Asia bakal menampilkan pengacara tempatan, Uyaina Arshad sebagai hos.

SGMS Faida