Categories: HiburanSelebriti

Sasqia – Saya Bukan Jahat!

Nurlisasqia Ahmad Dahuri, atau lebih dikenali Sasqia baru-baru ini menyertai acara Bazar Selebriti Celebfest 2018 di Singapura. Kehadian sosok antagonis ini ke Kota Singa terus mendapat perhatian peminat setelah gadis ini sah mengikat tali pertunangannya bersama jejaka tempatan, Ashraff Khan. Jenama Sasqia juga terus laris di negara seberang tambak ini menerusi kerjasama gadis ini bersama pereka fesyen terkenal tempatan, Fatimah Muhsin yang menampilkan inspirasi fesyen Sasqia Dahuri.

Sering ditonjolkan dengan watak antagonis, antaranya ‘Cinta Hati Batu’ yang boleh disaksikan menerusi tonton; “Sasqia mahu ‘explore’ watak lain, namun rezeki lebih berpihak kepada peranan watak jahat. Benar saya dapat rasakan kekuatan lakonan pada watak jahat dan ia terbukti ‘menjadi’ apabila berada di luar, peminat memanggil dengan nama itu. Tapi saya bukan jahat.”

Manakala perkembangan terkini, Sasqia gembira terpilih menerajui drama bersiri 50 episod ‘Koko Coklat’ yang akan ditayangkan di TV3 dan tonton secara serentak kelak. Malah, Sasqia turut teruja dipilih menjayakan filem arahan Syafiq Yusof, ‘Misteri Dilaila’ selaku teraju utama.

“Apabila Datuk Yusof Haslam menghubungi saya, memang saya terkejut dan terharu. Saya berlakon di samping mereka yang bukan calang orangnya termasuk Datuk Rosyam Nor, Namron dan Zul Ariffin.  Penggambaran selama lebih sebulan di Bukit Fraser, Pahang membolehkan saya  mengenali Syafiq, pengarah muda yang cukup hebat berkarya. Malah, beliau sendiri memegang kamera untuk menentukan sudut terbaik lakonan.”

Dalam perkembangan lain, Sasqia merancang untuk bernikah pada 14 Disember 2018 diikuti majlis persandingan sehari selepas itu disusuli majlis sebelah lelaki pada 29 Disember di Singapura. Menurut Sasqia, dia dan Asyraff yang juga ejen hartanah di Singapura mula berkenalan 26 Ogos tahun lalu ketika menjayakan sesi ramah mesra bersama peminat di sana.

Sasqia juga turut mengusahakan perniagaan tudung dan produk kecantikan.

Apapun, sama-samalh kita doakan pelakon yang berbakat besar ini terus sukses ya!

Salma Syahbuddin