Categories: HiburanSelebriti

Izzue – Jual Seluar Dalam Laku Teruk!

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 27 tahun antara peneraju boyband ‘Forteen’ yang kini popular menerusi lakonan dalam pelbagai drama tempatan. Ditemui ketika acara Bazar Selebriti Celebfest 2018 di Singapura, Izzue hadir at as jemputan portal penstriman video nombor satu di Malaysia, tonton dan Singtel. Kehadiran jejaka yang turut ditemani dua rakan artis, Syafiq Kyle dan Sasqia Dahuri mendapat perhatian peminat di Kota Singa pada awal Ramadan lalu. Malah buat Izzue, Ramadan adalah masa baginya mengasah semangat berniaga.

Syafiq Kyle, Sasqia dan Izzue Islam ketika memeriahkan Celebfest di Singapura baru-baru ini

Memiliki jenama ‘IzzueExclusive’, Izzue memperkenalkan ‘boxer’ keluarannya awal bulan lalu namun habis terjual dalam masa 3 hari sahaja! Malah, jejaka kacak ini tidak menyangka ramai yang menantikan pakaian dalam trsebut. Memilih untuk tidak menjadi model ‘boxer’ jenamanya sendiri, Izzue mengakui ianya adalah produk bermusim.

“Boxer” adalah produk bermusim dan selalunya orang beli selepas setahun atau apabila sudah tidak boleh dipakai. Pada awal buat sikit sahaja kerana fikirkan sambutan biasa-biasa saja. Saya langsung tak sangka dapat sambutan sebegini hebat,” ujar Izzue ketika ditemui di lobi hotel Royal Plaza on Scotts Singapura usai acara Celebfest 2018. Izzue turut mengakui yang dia merancang untuk mengeluarkan sehingga 1000 helai lagi selepas Aidilfitri kelak.

“Tahun lalu dan tahun ini, saya sambut Ramadan di Singapura. Terima kasih kepada tonton & Singtel yang membawakan saya ke Singapura pada kali ini,’ tambah Izzue. Izzue bermula sebagai pelakon drama ‘Pintu Taubat’, ‘Papa Nak Nak Kahwin’, ‘Si Tudung Tweet’ dan terkini ‘Jangan Benci Cintaku’ yang disiarkan di portal video tonton.  

Salma Syahbuddin