Hiburan By: Fatin Nurain July 3, 2023 @ 8:36am

“Saya Bukan Bantu Puluhan Ribu” – Fouziah Gous

Pelakon dan usahawan Datin Fouziah Gous meluahkan rasa kesalnya apabila salah seorang rakan selebriti yang pernah dibantunya memutuskan silaturahim tanpa sebarang punca.

Menurut Fouziah, dia sangat menjaga hubungan baik terhadap semua orang yang berada di sekelilingnya.

Namun, dia terkilan apabila selebriti yang pernah meminta bantuannya itu hilang tanpa khabar berita selepas dirinya telah melaburkan sejumlah wang untuk membantu perniagaannya.

“Dalam banyak-banyak orang yang saya tolong, ini paling sedih. Saya bukan tolong puluhan ribu, beratusan ribu. Bukanlah saya nak kata saya banyak duit.

“Tapi, apa yang saya nak sampaikan ni kita tolong dia tutup lubang-lubang yang dia tak boleh nak tutup. Dia datang kat saya dan telefon banyak kali, akhirnya saya berbincang dengan suami untuk membantu dia.

“Saya dah tolong tutup rapi semua tapi apa yang buat saya kecil hati bukan saya nak cerita yang saya tolong atau saya bagi awak duit. Tapi satu je saya sedih dia tak wish saya hari raya dia diam dan tidak berterima kasih kepada saya.

“Saya tak marah, saya halalkan yang saya tolong dia walaupun dia bukan kawan baik saya. Saya taknak buka aib sesiapa. Saya tahu dia pun mencari rezeki dalam industri yang sama,” katanya.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Fouziah menyatakan dia tidak berniat untuk membuka aib mana-mana pihak sebaliknya ingin memberi kesedaran kepada selebriti berkenaan.

“Kita bukanlah jenis yang tidak mencari pasal pasal, bergaduh, buka aib orang, itu bukan saya. Saya tak ada niat nak war-warkan. Tapi andai kata sahabat itu terdengar, saya nak cakap yang saya terkilan.

“Kita buat surat supaya tak ada apa-apa kesalahan yang kita tuduh menuduh, ikut undang-undang. Saya tak minta pun dia bayar balik. Dia tak perlu pun bayar bunga ke kena bayar tu.

“Saya cuma kata nanti kalau ada masa, saya minta dia buat review. Tu pun tak commit. Dia seorang lelaki, jadi tak sesuai untuk saya. Saya follow kan dia kat media sosial. Kadang-kadang dia jual dekat TikTok. Kita taknak mengungkit tapi rasa macam geram,” jelasnya.

Tambah Fouziah, selebriti tersebut boleh dijatuhkan muflis sekiranya dia mengambil tindakan, tetapi dia memilih untuk menyelesaikannya dengan cara baik.

“Sebenarnya, lawyer saya senang je sebanyak apa yang kita bagi tu dia boleh jatuh muflis. Cuma itulah, rezeki dan silaturahim tu adalah sangat penting. Saya sangat mementingkan silaturahim.

“Sebagai profesional, kita dah bagi dengan cara yang elok, come out dengan your own plan lah sebab dia dah janji.

@melodiberapi Dah berhutang sila bayar! Ingat hutang menghalang umat islam daripada masuk syurga!! #meloditv3 #tv3 #ceritaartismalaysia #hutang #fouziahgous ♬ original sound – Melodi

Sumber: Melodi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Sep 2022
Featured Thu, 2 Feb 2023
Hiburan Thu, 11 May 2023

Slam Mengubat Rindu Peminat Dengan Konsert Nurkasih Ogos Ini

Wah memang tak sabarlah nak tunggu konsert ni

Featured Fri, 23 Aug 2019

ABPBH32: Jom undi untuk Pelakon TV kegemaran anda!

Hantarkan undian anda di www.abpbh.com.my sebelum 15 September.

Trending Wed, 12 Dec 2018

Lelaki Maut Dipercayai Jatuh Dari Bangunan Wisma MPK

Mayat mangsa ditemui terbaring terlentang di bahagian belakang bangunan tersebut oleh orang awam

Featured Tue, 27 Jun 2023
Hiburan Fri, 30 Aug 2019

‘Netizen…Tolonglah’- Haqiem Rusli Nak Pesan Ni!

Kalau tak tahu…jangan buat apa-apa kenyataan dan menuduh saya!