“Saya Dah Tak Ada Kaitan Dengan Dhabitah” – Azhar Apandi

Sejak namanya menjadi sebutan di Sukan Tokyo Olimpik, personaliti manis dan menawan yang dimiliki penerjun negara Nur Dhabitah Sabri menjadi tumpuan ramai justeru tidak hairan sekiranya kehidupan peribadi gadis berusia  22 tahun itu menarik minat para peminat.

Terbaru, setelah mengakui bahawa dirinya sudah berpunya, ramai yang ingin mengetahui identiti lelaki bertuah tersebut. Timbul beberapa keping gambar di media sosial ketika Dhabitah menyambut ulang tahun kelahirannya tahun lalu bersama pemain bola sepak Perak FC iaitu Azhar Apandi. Lantas, ramai yang beranggapan pasangan itu masih bersama.

Namun, menerusi  laman Instagram, Azhar Apandi akhirnya tampil menjelaskan situasi hubungannya bersama Dhabitah.

Menurut Azhar lagi, hubungannya bersama Dhabitah sudah berakhir malah dia memohon agar semua pihak tidak mengaitkan namanya lagi bersama atlet negara itu.

“Awak-awak (peminat) semua saya dah lame tak ade kena mengena dengan si dia (Dhabitah), ‘so pless’ laa hormat saya dengan si dia okay.

“Harap korang semua faham okay. Love u guys,” katanya di laman story Instagram miliknya dengan tanda pagar #janganupbaranglame, #sembilu, #442 dan #cucuklagihasan.

Menerusi laman Instagram, Dhabitah turut menafikan perkara berkenaan namun mengakui dirinya sudah memiliki seseorang istimewa.

Artikel berkaitan : Nur Dhabitah Akui Sudah Ada Kekasih?

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”