Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 26, 2022 @ 3:30pm

“Saya Jual Mahal Ketika Itu Sebab…” – Bermula Di BBM, Lisa Surihani Kongsi Detik Perkenalan Bersama Yusry

Aktres jelita, Datin Lisa Surihani mengenang kembali saat-saat perkenalannya bersama suami, Datuk Yusry Abdul Halim suatu ketika dahulu.

Lisa yang mendedahkan perkara tersebut dalam sebuah program bual bicara baru-baru ini, berkata, dia terpaksa ‘jual mahal’ dengan Yusry ketika itu kerana belum mengenali sebaiknya sosok lelaki yang bernama Yusry Abdul Halim.

“Zaman BBM, kebetulan pihak artis ada buat group mesej dan nama saya pun termasuk sekali dan ternampaklah nama dia (Yusry).

“Sejujurnya tiada niat untuk mendekati, cuma saya cakap ‘Hai’ kepada semua, tiba-tiba Yusry ‘add’ kita, saya pun macam terkejut tapi saya tenang saja.

“Sebenarnya kadang-kadang dia ada tanya khabar tapi dia tak pernah goda saya, selama setahun itu dia tak pernah goda tetapi ada juga dia ajak berjumpa.

“Ketika itu saya jual mahal sebab saya belum kenal dia dengan rapat, tak tahu dia orang yang macam mana, saya berhati-hati sebab tak kenal betul-betul,” ujarnya.

Lisa juga memberitahu saat pertama kali dia bertentang mata dengan Yusry ketika menghadiri tayangan gala filem Yusry ketika itu dengan berpakaian lusuh.

“Kemudian saya dijemput untuk tengok tayangan filem Hikayat Merong Mahawangsa daripada wartawan. Saya ada beritahu Yusry yang saya dijemput tetapi agak pelik untuk saya pergi sebab jemputan bukan datang dari Yusry sendiri tapi saya pergi juga.

“Wartawan tu pula tak bagitahu tayangan tersebut adalah tayangan gala, jadinya saya pergi dengan berpakaian biasa, jeans biasa dan  t-shirt lusuh saya pakai, saya segan betul sampai tak mahu berjalan di karpet merah ketika itu.

“Namun diberitahu saya kena juga jalan di karpet merah sampai tertunduk malu takut orang perasan saya tetapi yang nampak saya ketika itu adalah Yusry juga.

“Tiba-tiba saya dengar “Hello”. Saya terpandang dia dan saya tergamam seketika sebab pertama kali jumpa, dah la saya minat dia masa kecil dan kacak pula tu, tetapi saya tetap tenang ketika itu,” jelas Lisa.

Ibu kepada 3 cahaya mata ini berkata dia mula berkenalan dengan Yusry lebih dekat selepas mengetahui sifat peribadi Yusry.

“Saya mesej dia, saya ucap “all the best and goodluck” dan saya tanya dia di mana, kemudian Yusry beritahu dia tak tengok tayangan filemnya sendiri pada tayangan gala tersebut.

“Saya tanya kenapa dan dia jawab dia “tak boleh”. Daripada itu saya nampak sisi peribadi seorang Yusry yang saya tak jangka.

“Selalunya orang akan berbangga dengan hasil kerja mereka tetapi Yusry tidak, saya kagum dengannya ketika itu dan saya berkata mungkin saya perlu kenal dia dengan lebih.

“Jadi daripada situ saya dan dia berkenalan dengan lebih dekat lagi. Perbualan kami di BBM pun semakin panjang, banyak sembang di telefon dan banyak ‘gayut’ biarpun jarang berjumpa,” cerita Lisa.

Yusry dan Lisa berkahwin pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#ThrowbackXTRA Wed, 12 Jul 2023
Hiburan Mon, 14 Oct 2019

Aqeef Anaqi Ikut Ibu Bapa Menunaikan Umrah!

Wahhh..murahnya rezeki si cilik ini!

Featured Mon, 28 Apr 2025

“Soalan Macam Budak Tak Ada Otak” – Ameera Khan Sekolahkan Netizen Tanya Soalan ‘Dah Sleep Dengan J’

Ameera Khan sekali lagi mencuri tumpuan selepas seorang pengguna media sosial tampil berani bertanyakan soalan sensitif melalui aplikasi Instagram “Ask Me Anything”.

Featured Thu, 21 Oct 2021

KKM Akan Terus Pujuk Golongan Antivaksin

Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus menjalankan pendekatan memujuk bagi memastikan kumpulan yang enggan menerima vaksin, bersedia untuk berbuat sebaliknya. Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, jumlah kumpulan yang enggan menerima vaksin di negara ini dikategorikan sebagai kecil. […]

Hiburan Sun, 31 Dec 2017

ZUL ARIFFIN AKUI SUDAH HILANG ARAH

Semoga Zul Ariffin terus tabah dalam menjalani kehidupan pada masa hadapan

Hiburan Tue, 24 Feb 2026

Sesi Pujuk Netizen Berjaya, Fazura ‘Gembira’ Dapat Hubungi Que Haidar Selepas 3 Hari ‘Menghilang’ – “Happy Cakap Dengan Awak”

Hubungan antara pelakon, Nur Fazura dan aktor, Que Haidar semakin meraih tumpuan ramai yang dilihat semakin rapat. Dalam sesi siaran langsung tular di Threads, Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin, 43, meluahkan rasa bimbang […]

Fab Foodies! Thu, 11 Apr 2019

You MUST Go to Iketeru for Their All-You-Can-Eat Sushi Promotion

Psst… kids below 6-years-old eat for FREE!

Hiburan Mon, 16 Sep 2019

Sambut Hari Jadi Suami…Anzalna ‘Belanja’ Pick Up Line Romantis!

Meskipun tidak seaktif dulu dalam bidang lakonan, kehidupan pelakon jelita Anzalna Nasir masih mendapat tumpuan peminat sehingga kini. Lebih-lebih lagi selepas menimang anak lelaki, Mohamad Eidrees, peminat sentiasa menantikan perkembangan terbaharu bayi comel itu. Sudah […]

error: Content is protected !!