‘Saya Malu Puji Anak Sendiri’- Rita Rudaini Tegur Ibu-Bapa Yang ‘Over’?

Pelakon Rita Rudaini mengaku tidak mengamalkan tindakan memuji anak sendiri malah menyerahkan tugasan itu untuk orang lain menilai.

Menurut Rita, tugasnya sebagai ibu adalah menyokong dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8 agar terus menjadi anak yang berguna.

“Saya malu nak puji anak sendiri dekat orang. Biar orang saja yang bagi pujian dekat anak saya. Anak saya panda ikat sekolah ke biar cikgu yang nilai. Anak saya pandai atau tak pandai main bola ke biar coach sahaja yang nilai.

“Tugas saya hanya bagi support, hantar ambil, bagi semangat dan nasihat pada anak. Siapa saya untuk tentukan kedudukan anak saya?,”katanya yang tidak sesekali akan masuk campur urusan anak di luar.

Sementara itu, Rita terkejut melihat situasi di mana ibu-bapa masa kini yang bersifat ‘lebih sudu dari kuah’. 

“Ada yang anak baru kecil main bola, mak bapak dah demand dan sombong sebab anak pandai main. Hancur minat anak-anak semua punca dari mak bapak sendiri. Kecil-kecil anak dah cakap besar menyombong sebab perangai contoh depan mata. Belum jadi player sebenar lagi.

“Tak ke mana kalau berlagak angkuh sombong, sikap adalah salah satu punca utama turun naik jatuh seseorang,”katanya.

 

Pengasas kelab bola sepak RR Cougars ini turut menegur sifat sesetengah sikap ibu-bapa kerana bimbang bakal mempengaruhi sifat anak-anak mereka.

“Wahai parents…lepaskanlah mereka bermain, kecil lagi..bina attitude anak-ana, ikut resmi padi ‘makin berisi makin tunduk’ jangan ikut resmi lalang ‘semakin tegak tiada berisi’…jauh lagi perjalanan mereka…jaga attitude kita depan mereka kerana kita adalah contoh terdekat dan kita adalah adiwira idola mereka sejak kecil,”akhirinya.

Tahun lalu, Rita mengambil inisiatif menubuhkan kelab bola sepak ini kerana minat mendalam dalam sukan itu sekali gus memberi pendedahan awal pada dua anaknya terhadap sukan bola sepak.

SGMS Faida