Categories: TECH

Google PlayStore Gagal Berfungsi? Cuba Ini

Ingin memuat turun aplikasi dan apabila mahu melancarkan Google Play Store, ia gagal berfungsi seperti yang sepatutnya?

Hal itu mungkin disebabkan daripada beberapa faktor dan untuk itu, anda boleh lakukan salah satu langkah dibawah untuk mencari jalan penyelesaian.

Kenal pasti punca masalah, Isu ini terjadi mungkin disebabkan sambungan internet anda bermasalah. Cuba tukar antara sambungan WiFi dan internet mudah alih. Boleh juga lakukan dengan cara menekan butang airplane mode”pada telefon pintar, atau mati hidupkan semula router.

Lihat pada tetapan tarikh dan waktu

Kadangkala masalah disebabkan dari kesilapan pada tetapan tarikh dan waktu. Perkara pertama sekali adalah menyemak semula tetapan tarikh dan waktu anda.

Pergi ke Settings > Date and Time. Aktifkan Automatic date & time untuk mengikut tarikh dan waktu yang disediakan oleh rangkaian.

Jika tetapan sudah diaktifkan tetapi Google Play Store masih gagal berfungsi, cuba untuk masukkan tarikh dan waktu secara manual. Masih bermasalah? Cuba pula langkah-langkah dibawah.

Periksa aplikasi Google PlayStore

Jika Play Store tiba-tiba terhenti boleh tutup dan pergi ke tetapan, Settings > Apps > All Apps dan cari aplikasi Google PlayStore. Tekan Force Stop dan tekan Clear Cache. Sekiranya masalah belum selesai juga, boleh tekan Clear Data pada ruangan yang sama. Tetapi harus diingat, data aplikasi Play Store seperti fail, tetapan, akaun dan lain-lain akan dipadam terus daripada peranti.

Padam cache dan data pada Google Play Services

Kegagalan Google Play Store berfungsi mungkin disebabkan aplikasi Google Play Services. Jika proses Clear Cache dan Clear Data pada Play Store tidak membuahkan hasil, anda boleh lakukan perkara yang sama pada Google Play Services.

Buang dan tambah semula akaun Google pada peranti

Masih lagi gagal? Cara membuang dan menambah semula akaun Google anda mungkin boleh membantu. Pergi ke Settings > Account dan tekan Remove Account pada akaun Google yang anda gunakan.

Untuk tambah semula akaun Google, pergi ke lokasi sama, Settings > Account dan Add Account.

Periksa aplikasi pihak ketiga

Isu ini mungkin berkaitan dengan aplikasi lain seperti VPN. Anda boleh nyahaktifkan fungsi VPN.

SGMS Enal