‘Saya Pernah Tak Suka Dia’- Nad Zainal Cakap Pasal Siapa Tu?

“Saya pernah rasa tak suka pada dia suatu masa dahulu,” akui pelakon Nad Zainal mengenai pelakon Janna Nick ketika menjawab di dalam rancangan The Sherry Show.

Menerusi segmen Kerusi Panas program yang dihoskan oleh pengacara, Sherry Al-Hadad, pelakon berusia 29 tahun menjawab soalan sama ada pernah berasa tidak suka dengan mana-mana pelakon.

“ Orangnya adalah Janna Nick.

“ Tetapi selepas kenal secara peribadi, perasaan tak suka itu bertukar jadi love ‘sayang’,” katanya.

Tambah pelakon bertubuh kecil molek ini, pada awalnya dia kurang menggemari karakter Janna yang sedikit kasar.

“ Saya terus terang dengan Janna, saya cakap kau ni macam poyo tapi lepas dah kenal betul-betul, semuanya berubah,” katanya.

The Sherry Show bersiaran setiap Ahad jam 10.30 malam di Youtube TV3 Malaysia. Pelbagai topik menarik dibincangkan bersama tetamu jemputan untuk setiap episod.

Maklumat lanjut anda bole layari laman web www.tv3.com.my atau ikuti laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @tv3Malaysia.

SGMS Faida