Categories: HiburanSelebriti

“Saya Suka Lelaki Unik’- Zee Avi Buka Mulut Soal Jodoh

Di usia 32 tahun, penyanyi Zee Avi tidak terlepas dengan soalan mengenai jodoh pilihan.

15 tahun tinggal di luar negara, pasti ramai yang menyangka pemilik nama Izyan Alirahman ini lebih selesa mendekati jejaka bermata walhal tidak.

“ Saya mencari lelaki yang unik. Lebih penting, kami sekepala dan dia mesti faham kerjaya saya sebagai anak seni.

“ Apapun, saya tertarik dengan jejaka yang boleh terima makanan kegemaran saya iaitu ulam,” katanya sambil ketawa.

Wanita yang berulang alik Malaysia- Amerika Syarikat ini juga mengimpikan agar dulang hantaran di hari pernikahannya nanti diisi dengan peralatan muzik.

“ Jangan salah faham, saya okay kalau dia bukan orang seni. Yang penting, dia terima kerjaya sebagai komposer dan sering menghabiskan masa di dalam studio. Dalam studio, biasanya ramai lelaki. Saya harap si dia nanti seorang yang memahami,” katanya.

Kata Zee Avi yang sudah hampir setahun pulang ke Malaysia, dia berdebar menghitung hari menuju konsert bersama penyanyi NJWA sempena Hari Wanita Antarabangsa 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 22 Mac ini.

 

SGMS Faida