“Saya Takkan Terasa Sebab…” – Sweet Qismina Didakwa Sedang Berbadan Dua, Ini Respons Tuan Empunya Badan

Pelakon Sweet Qismina menafikan dakwaan bahawa dirinya sedang berbadan dua.

Menerusi perkongsian di TikTok @mingguanwanita, Sweet atau nama sebenar Farhanna Qismina Supandi memberitahu masih belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata.

Malah, dia tidak terasa sekiranya ada yang menganggap dirinya sedang hamil sebaliknya mengambil perkara tersebut sebagai satu doa.

“Kalau orang tanya saya ‘dah berapa bulan’? Ini perut buncit je. Saya jujur, saya takkan terasa sebab pada saya apa yang orang cakap itu adalah doa untuk saya.

“Kita tak boleh nak marah diorang sebab diorang tak tahu pun betul ke tak betul. Tapi apa yang diorang cakap itu menggembirakan saya sebab itu adalah doa mereka.

“Saya akan cakap ‘belum lagi, doakan untuk saya’. Sebab tak tahu dalam 10 ribu orang itu, siapa salah seorang itu yang doanya akan diangkat,” ujarnya.

Terdahulu, penampilan Sweet ketika menghadiri sebuah majlis menjadi perbualan netizen yang memperlihatkan perutnya seakan-akan ‘baby bump’.

Untuk rekod, Sweet dan suaminya, Adam Lee telah mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober tahun lalu.

Maya Basir