“Sebenarnya Lagu Ini Bukan Typical Love Song, Tetapi..” – Marsha Dedah Maksud Disebalik Lagu Cinta

Naib Juara Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36), Marsha Milan mendedahkan maksud sebenar disebalik lagu Cinta hasil nukilan Hang Nadim (Akim Ahmad) dan juga isterinya, Bunga Cantik (Stacy Anam).

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Joox di TikTok, Marsha menjelaskan bahawa lagu Cinta itu bukan merupakan sebuah lagu mengenai kisah cinta, tetapi sebenarnya jika lirik lagu didalami, ia berunsurkan ketuhanan.

@joox_my

@marsha_milan ceritakan maksud dan kisah di sebalik lagu #Cinta yang memenangi Tempat Kedua dan Persembahan Terbaik di AJL36. #JOOXMY #MarshaMilan

♬ original sound – JOOX Malaysia – JOOX Malaysia

Lagu Cinta sebenarnya adalah not your typical love song. It’s about kesedaran dalam kehidupan seharian kita.

Di mana kita akhirnya sedar dan dekatkan diri kepada Pencipta kita,” ujarnya.

Tambah Marsha lagi, dia mengakui bahawa lagu tersebut sebenarnya tercipta dan berinspirasikan daripada liku-liku perjalanan hidupnya.

Lagu ini adalah sebenarnya inspirasi daripada kehidupan saya juga.

We’ve gone through a lot dan akhirnya kita jumpa kesedaran itu dan kita dekatkan diri kita dengan Allah.

“Jadi, sebenarnya lagu ini ada unsur ketuhanan di situ,” katanya.

Bagaimanapun, Marsha berkata maksud lirik lagu ini adalah berbeza dan bergantung kepada fahaman setiap individu kerana mereka mempunyai perjalanan dan penceritaan hidup yang berbeza-beza.

Tetapi terpulang kepada individu masing masing untuk interpret lagu ini sebab everyone have their own cerita yang mereka boleh kaitkan dengan lirik ini,” ujarnya lagi.

Ini rupanya maksud lagu Cinta, sangat deep ya!

Artikel berkaitan: “Terima Kasih Marsha” – Akim Ahmad & Stacy Anam Tersentuh Hati Lihat Persembahan Marsha Milan di AJL 36

Aqilah Paharuzi