“Dia Dah Minta Maaf, Kesian Anak” – Aaron Aziz Mohon Hentikan Muat Naik Video Kak Long 7E

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai kisah seorang wanita yang telah menghentam pekerja kedai serbaneka sehingga wanita berkenaan digelar ‘Kak Long 7E’.

Video yang berdurasi selama beberapa minit itu telah menerima kecaman teruk netizen akibat tindakannya yang biadap kerana tidak berpuas hati anaknya dituduh mencuri.

@kopifemes

Viral kak long mengamuk dekat 7e #fyp #fypシ #viraltiktok #virall #videotiktok #kaklong7e

♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Bagaimanapun, Kak Long atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura telah membuat permohonan maaf kepada pekerja yang bekerja pada hari kejadian secara bersemuka pada keesokan harinya.

@_wawaelliziana

Staf 7E Baik baik Je Bercakap😀#fyp #fypシ #fypage

♬ original sound – Wawa – Wawa

Terkini, pelakon popular, Datuk Aaron Aziz memohon agar netizen menghentikan daripada memuat naik sebarang video mengenai ‘Kak Long 7E’ itu.

Assalamualaikum, di sini saya meminta jasa baik semua netizen untuk henti lah repost pasal Kak Long 7E tu.

Dia pun dah minta maaf dan pasti menyesal. Kesian anak dia nanti nak pergi sekolah malu diejek ke apa.

Kita doakan yang baik-baik je lah ya. Cerita dah habis dah so let the family live in peace. I’m sure she has learnt a lesson. Jazakumullah kharyn,” tulisnya di hantaran menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerjah ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai dalam kalangan mereka yang menyokong kenyataan Aaron dan memohon agar perkara yang lalu tak perlu dibahaskan lagi.

Sebenarnya, ada betul juga apa yang dikatakan oleh pelakon Suamiku Lelaki Pendosa ini kerana setiap manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Apapun, semoga isu panas yang berlaku ini dapat memberi sepenuh pengaran kepada kita semua.

Artikel berkaitan: “Tak Boleh Cakap Anak Tak Sah Taraf Kalau…” Peguam Ini Perjelas Isu Watak Cahaya Malaika Dalam Suamiku Lelaki Pendosa

Aqilah Paharuzi