Negara Beralih Ke Fasa Endemik & Sempadan Negara Dibuka Sepenuhnya Bermula 1 April Ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memaklumkan bahawa Malaysia bakal memasuki fasa endemik bermula 1 April depan.

Perkara itu turut dikongsi menerusi ciapan di Twitter, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menurut Ismail Sabri,  keputusan ini dibuat sebagai satu strategi untuk membolehkan rakyat Malaysia menjalani kehidupan normal selepas dua tahun melawan Covid-19.

“Negara akan memasuki fasa endemik bermula 1 April depan, fasa ini sementara sebelum negara beralih ke fasa seterusnya selepas diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan sempadan negara juga akan dibuka sepenuhnya bermula 1 April 2022.

Ia selepas keputusan dibuat berdasarkan tiga perkara asas iaitu panduan sains dan fakta terkini berkaitan COVID-19, membandingkan keperluan pembukaan sempadan di negara lain dan memberikan keselesaan kepada pengembara.

Salma Syahbuddin