Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 23, 2022 @ 4:35pm

“Selain Bahagia Bersama, Kami Juga Melakukan Hal-Hal Bodoh Berdua…”- Jawab Soal Kahwin, Rizky Febian & Mahalini Pilih Privasi

Selepas kejayaan pada konsert sulungnya yang berlangsung pada 20 Oktober lalu di Zepp, Kuala Lumpur, penyanyi popular Indonesia, Rizky Febian mengakui lebih berahsia mengenai soal perkahwinannya dengan teman wanitanya yang juga penyanyi, Mahalini Raharja.

Menurut Rizky Febian atau nama penuhnya, Rizky Febian Adriansyah Sutisna, 24, semestinya perancangan untuk membawa suatu hubungan itu ke fasa seterusnya ada namun, buat masa sekarang karier itu lebih penting.

“Biar soal itu menjadi sebuah rahsia saya dan dia. Tetap kami mempunyai perancangan ke arah itu. Kini, kami mahu mengejar impian masing-masing dan saling menyokong antara satu sama lain.

“Doakan sahaja, semoga sampai ke tahap itu. Kerana, di Indonesia sahaja saya tak pernah membicarakan soal ini,” katanya kepada XTRA.

Berkongsi mengenai karakter teman wanitanya itu, Rizky atau lebih mesra dengan panggilan Iky berkata, Mahalini merupakan seorang gadis biasa yang tidak terlalu menjaga imej dan bersikap ‘gila-gila’.

Bahkan, keperibadian dan kebersamaan yang ada membuatkan pelantun lagu Hingga Tua Bersama ini menyenangi sikap  teman wanitanya itu.

“Kami pasangan yang biasa sahaja, selalu gembira, selalu berbincang, selalu memberi sokongan antara satu sama lain, selalu punya masa untuk satu sama lain dan dia tidak terlalu menjaga imej dan kerana kami masing-masing ‘gila’.

“Kami saling menerima antara satu sama lain seadanya serta melakukan hal yang bodoh-bodoh bersama dan kerana itu kami sefrekuensi,” jelasnya.

Terdahulu, Mahalini juga dilihat hadir menemani Rizky bersama ahli keluarga yang lain pada konsert Rizky Febian Live In Kuala Lumpur baru-baru ini.

 

 

ARTIKEL BERKAITAN:“Impian Saya Adalah Untuk Membawa Arwah Ibu…” – Persembahan Penuh Intimate, Rizky Febian Bikin Peminat Galau

ARTIKEL BERKAITAN:Meriah Dengan Sorakan Peminat Wanita, Konsert Rizky Febian ‘Full House’!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 13 Jun 2023
Featured Tue, 4 Jun 2024

Kes Zayn Rayyan: Atas Faktor Tertentu, Peguam Ibu Bapa Mangsa Tarik Diri

Saya mengesahkan berita yang tersebar bahawa saya tidak lagi mewakili kedua ibu bapa Allahyarham Zayn – Peguam

Hiburan Wed, 24 Aug 2022
Hiburan Sat, 29 Sep 2018

Lepas Janna Nick, Mawar Rashid Pula Buat Ucapan Berbayar?

Dalam masa sama, Janna memberitahu dia tidak bimbang dengan hal berkenaan dan menganggap ia sebuah persaingan sihat.

Contest Wed, 30 Oct 2019

xtra好康头 | 送你《马来西亚全国舞狮锦标赛-云顶杯》入门票

xtra好康头 送你《马来西亚全国舞狮锦标赛-云顶杯》入门票,让你现场一睹半决赛各技艺精湛的舞狮。

Hiburan Thu, 14 Dec 2023

Fathia Latiff Umum Akan Ke Gaza Tahun Depan? – “Pray For My Syahid”

Fathia maklum perkara berkenaan di Instagram miliknya. Wahhh betul ke ni?? 👀

error: Content is protected !!