Hiburan By: SGMS Faida May 4, 2018 @ 2:21pm

Selamat Pengantin Baru Azrinaz!

Selebriti terkenal, Azrinaz Mazhar Hakim mengumumkan pernikahannya dengan kenalan lama pada 1 Mei lalu.

Jejaka yang dikenali sejak 20 tahun lalu itu dikenali sebagai Fairos Khan Abdul Hamid disifatkan sebagai seorang yang memahami dirinya sebagai seorang selebriti.

“Dengan pernikahan ini, saya berharap semua pihak berilah ruang dengan memahami naluri saya sebagai manusia biasa yang mempunyai kehendak dan perasaan.

“Saya juga mahu hidup berpasangan seperti kalian semua lengkap melengkapi dalam meniti hari tua,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Azrinaz berkata, beliau tidak pernah sesaat sekalipun melupakan atau akan melupakan kedua-dua anakandanya.

“Malah jika diberi peluang dan kesempatan, tanggungjawab dan kasih sayang sebagai ibu sentiasa sedia dicurahkan,” katanya yang mengaku mula rapat dengan Fairos sejak setahun lalu.

Menurut kenyataan itu, majlis pernikahan diadakan di kediaman pengantin perempuan secara tertutup dihadiri keluarga terdekat.

Mempelai dinikahkan Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Hazman Hashim berwalikan bapa Azrinaz.

Tambah Azrinaz, dalam kehidupannya, bukanlah material yang dicari.

“Cukuplah seorang insan yang dapat membimbing, menemani, menyayangi, menghargai, menghormati dan menyanjungi diri ini dikala susah senang, suka duka, cerdas dan sakit, sewaktu kepala masih diliputi rambut mahupun sehelai dua.

“Kami bukanlah sempurna, dengan ketidaksempurnaan inilah yang melengkapi kami berdua.

“Dari lubuk hati, maaf dipohon, 10 jari disusun kerana berita ini tidak dikongsi dengan rakan-rakan media terlebih dahulu mahupun sahabat-handai.

“Biarlah penyatuan ini selamat selesai semuanya sebelum hebahan tiada kena mengena semata-mata. Hubungan yang terjalin ini saya memilih cara lebih ‘privacy’ begitu juga dalam melayari alam rumahtangga nanti,” katanya.

Azrinaz berkata, perancangan majlis perkahwinan hanya dibuat sejak dua bulan lalu.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 9 Jan 2020

Korea’s Kpop Industry “Big 3” Might Shift In 2020 With YG Leaving The Group

So which company will be joining the “Big 3” for 2020?

Hiburan Sun, 2 Jun 2019

’Ayah Kena Strong…’- Liza Hanim Doa Bapa Sembuh Dari Kanser

Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat Abdul Halim, bapa kepada Liza Hanim. Amin…

#LaguXTRA Thu, 9 Mar 2023
Hiburan Wed, 8 Aug 2018

The End of Brangelina: Angelina Jolie Wants Divorce Settled by End of 2018

It seems like there really will be no more Brangelina soon.

Hiburan Tue, 26 Jun 2018

Hey! Peminat-Peminat Yuna, Jangan Curi- Curi Ambil Gambar Beliau Lagi

Yuna memberitahu sekiranya peminat-peminat beliau ingin mengambil gambar bersamanya, dinasihatkan  jangan malu untuk menegur dan meminta izin kerana, beliau tidak akan menolak permintaan mereka.

Featured Tue, 11 Apr 2023