Hiburan By: Padin October 22, 2021 @ 5:53am

Selebriti Tanah Air Sambut Baik Pelancaran Keluarga Malaysia

Pelancaran Keluarga Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak pada 23 Oktober ini disambut baik barisan selebriti tanah air.

Bagi penyanyi yang terbabit pada acara itu yang terdiri daripada Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Poova dan Vince menyifatkan ia sesuatu yang cukup istimewa dan penghargaan buat mereka.

Dayang Nurfaizah berkata, dia cukup teruja dapat membuat persembahan di hadapan Perdana Menteri apatah lagi selepas sekian lama tidak menyanyi pada acara besar.

“Sejujurnya saya teruja dapat terbabit pada acara ini sebab setelah sekian lama tiada program besar. Sekurang-kurangnya dapat buat kemunculan semula.

“Malah, apa yang lebih membanggakan adalah dapat mengadakan persembahan depan Perdana Menteri, Menteri dan Ketua Menteri. Selain itu dapat juga saya menyanyikan lagu-lagu patriotik dengan nafas baru,” katanya.

Senada dengan Dayang, penyanyi Hael Husaini juga melihat pelancaran itu memberi petanda baik dan perkembangan positif kepada industri hiburan tempatan.

“Pastinya dengan adanya acara sebegini ia dapat merancakkan semula industri hiburan dan penganjuran acara sekali gus memberi peluang artis kembali beraksi di pentas.

“Apa yang menariknya juga, pada acara ihi saya bersama rakan artis lain cukup teruja apabila berpeluang menyanyikan lagu rasmi Keluarga Malaysia,” katanya.

Sementara itu, penyanyi Vince beranggapan majlis pelancaran itu dapat memberi manfaat kepada ramai pihak yang terbabit. Bukan saja kepada penyanyi, pemuzik, tapi juga mereka yang terbabit dalam penganjuran acara.

“Dengan adanya program besar ini memberi Kesan limpahan yang akan memanfaatkan banyak pihak dalam industri hiburan dan industri sokongan.

“Paling penting, semangat Keluarga Malaysia juga dapat diperkukuhkan melalui program hiburan yang membabitkan elemen atau semangat muhibbah,” katanya.

Majlis Pelancara Keluarga Malaysia yang bakal berlangsung jam 8 malam itu turut disiarkan di beberapa stesen televisyen tempatan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Apr 2024
Events Thu, 4 Apr 2019

Catch the Dynamic Canadian Band, Diamonds Live at Zeta Bar

You don’t want to miss out on this talented group.

Hiburan Wed, 18 Oct 2023
Featured Tue, 29 Nov 2022
Hiburan Wed, 3 Jan 2024

Azam 2024, Ella Berhasrat Tunai Ibadah Haji & Rancang Nak Keluarkan Lagu Baru!

Moga dipermudah segala urusan Rock Queen kita! ❤️

Featured Fri, 20 Oct 2023

Tangguh Untuk Ada Anak Dengan Shuib, Watie Mahu Fokus Besarkan Anak Tiri

InsyaAllah semoga dipermudahkan buat pasangan sweet ni!❤️

Featured Tue, 10 May 2022

Nasi Goreng Kosong Dengan Telur Punca Pergaduhan Di Restoran

Pasal nasi goreng pun boleh bawa gaduh ke?

Hiburan Tue, 9 May 2023

Perdana Menteri Puji Lakonan Farid Kamil Hidupkan Watak ‘Anwar’

Lakonan Farid dalam filem ni memang menjadi