Categories: SelebritiTrending

3 Hari Leher Tak Boleh Gerak, Syatilla Melvin Alami ‘Slip Disc’ – “Ingat Sakit Urat Biasa Sebab Menyusu Anak”

Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin memaklumkan bahawa dia mengalami ‘slip disc’.

Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh Syatilla menerusi sebuah video di Instagramnya yang memaparkan dirinya berada di sebuah pusat perubatan.

Kata Syatilla, pada awalnya dia menyangka ia sekadar sakit urat biasa kerana menyusu anak namun lehernya tidak boleh bergerak selama tiga hari.

Selepas membuat pemeriksaan, Syatilla disahkan menghidap ‘slip disc’ namun menganggap kesakitan tersebut sebagai penghapus dosa.

“Benda nak jadi kan 😍 3 hari tak boleh gerakkan leher tak boleh pusing. Ingat sakit urat biasa sebab menyusu anak memang akan sakit belakang.

“Rupa-rupanya harini dapat hadiah slip disc 2024 😍 Moga runtuh dosa-dosa aku amin! Doakan Tilla 🤍 btw thank u @msumcmalaysia 😫,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Artikel Berkaitan: Geram Tengok Anak Syifa Melvin Membesar Dengan Sihat, Reaksi Syatilla Melvin Undang Tawa – “Makan Cakoi Ka?”

Artikel Berkaitan: Syeriv Samheizy Selamba Kata Syatilla Melvin Tak Lawa Ketika Live, Peminat Berseloroh – “Mak Borek, Anak Rintik”

Atiqah Johari