Selebriti By: Atiqah Johari November 30, 2023 @ 8:04pm

“Alhamdulillah Masih Suami Isteri” – Lafaz Cerai Tak Sah! Azlan Komeng Perjelas Tak Berniat & Ada Salah Faham Dengan Perkataan

Sebelum ini, isteri pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz mendedahkan bahawa telah diceraikan dengan talak satu pada Khamis dan bakal ke mahkamah bagi pengesahan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tertekan Tak Henti Diganggu Pelac*r Peribadi, Azlan Komeng, Nilam Bercerai Talak Satu

Terbaharu, memetik laporan mStar, Azlan memaklumkan bahawa lafaz cerai terhadap Nilam tidak sah disisi undang-undang syariah dan berasa syukur dengan keputusan mahkamah.

Jelas Azlan, dia tidak berniat untuk melafazkan cerai itu kerana isterinya saat itu tertekan memikirkan kehadiran orang ketiga.

“Alhamdulillah kami masih lagi suami isteri… perkara itu berlaku tanpa niat cuma ada salah faham terhadap perkataan. Saya tak lafazkan dengan ayat yang nyata.

“Saya memang tak berniat, saya kasihan lihat keadaan isteri saya ketika itu,” kongsinya kepada mStar.

Dia juga menjelaskan bahawa ‘orang ketiga’ yang disebut Nilam itu telah wujud sejak dia berkahwin dengan isterinya.

Tambahnya, dia percaya individu itu berniat untuk menjatuhkan dirinya kerana dia tidak pernah berhubungan dengan orang baharu selepas kahwin.

“Ramai yang tidak tahu cerita sebenar… isu yang masih berlaku bukan kerana saya masih ada hubungan dengan orang lain tapi ia kisah lama yang datang semula.

“Mereka ada komplot mahu merosakkan rumah tangga saya tapi mereka tidak berdepan dengan saya dan serang orang rumah,” katanya.

Dalam pada itu, Nilam juga memaklumkan dia akan mengheret individu yang menganggu rumah tangganya ke mahkamah.

Dia juga memberitahu bahawa telah lama bersabar sehingga memberi tekanan kepadanya dan suami.

“Saya masih menerima gangguan, video lucah masih ada gambar perbualan dan macam-macam. Saya sebenarnya telah ambil tindakan undang-undang hanya tunggu masa kumpul bukti dan heret ke mahkamah.

“Isu ini timbul sebab PP (pelacur peribadi) benda ini dah lama ganggu dalam dua tahun juga, dengan sihir dan sebagainya.

“Saya manusia biasa mana boleh tahan, malam semalam kami bergaduh besar dan abang (Azlan) terlafaz,” luahnya.

Untuk rekod, Azlan dan Nilan berkahwin pada 22 Januari 2022 namun masih belum dikurniakan zuriat.

Artikel Berkaitan: “Mereka Sangat Bahagia, Cuma Tak Post Di Media Sosial Elak Kecaman” – Isteri Azlan Komeng Sahkan Ira Kazar, Syamsul Tidak Bercerai

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terima Ugutan Bunuh Gara-Gara Live Dengan Ira Kazar, Isteri Azlan Komeng Buat Laporan Polis – “Aku Tak Backup Dia…”

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Mar 2020
Hiburan Wed, 29 Mar 2023
Hiburan Thu, 19 Jul 2018

Apakah Hukum Aurat Anak Angkat Hael Husaini?

Umum mengetahui tentang penyanyi terkenal, Hael Husaini mempunyai seorang anak angkat yang comel, Helena. Bagaimanapun, ramai yang mempersoalkan hukum aurat antara Hael dan Helena??

Hiburan Wed, 5 Jun 2019
Hiburan Wed, 23 Mar 2022
Hiburan Fri, 16 Jun 2023

Siti Nurhaliza Mahu Kembali Beraksi Di Royal Albert Hall & Rakam Album Tradisional Baharu!

Fuh! Siti nak bawa muzik tradisonal ke pentas antarabangsa!