Categories: SelebritiTrending

“Ameena Sakit Pun Tak Ada Siapa Tanya Khabar” – Shakilla Khoriri

Pelakon Shakilla Khoriri mendedahkan dia tidak mengetahui bahawa bekas suaminya, Fizi Ali bakal bernikah pada 23 Oktober lalu sebaliknya menyatakan bekas suaminya itu ingin membawa anak mereka ke taman tema air.

Artikel Berkaitan: Kurang Senang Mulut Anak Ditekup ‘Kakak’ Dalam Foto, Shakilla Khoriri Dakwa Fizi Ali Tak Terus Terang – “Jangan Sakiti Anak Saya!”

Susulan itu, ada individu yang mempersoalkan mengapa ahli keluarga Fizi Ali yang juga penyampai radio itu enggan memberitahu perkara sebenar kepada Shakilla.

“Tapi kenapa belah-belah Fizi pun taknak bagi tahu Shakilla ya… bukannya Killa akan jeles pun 😅 Pelikkk bagi je la tahu hal sebetulnya,” tanya individu itu.

Namun, apa yang menarik perhatian ialah komen balas Shakilla kepada individu itu dengan menyatakan dia tidak terkejut dengan apa yang terjadi.

Bukan itu sahaja, dia juga mendedahkan bahawa keluarga pihak Fizi Ali juga tidak pernah bertanya khabar anaknya ketika sakit.

“Tak terkejut. Ameena sakit pun takde siapa tanya khabar 🤭,” dedahnya.

Terdahulu, Shakilla meluahkan rasa kurang senang apabila mulut anaknya ditekup oleh kakak tirinya ketika bergambar pada hari pernikahan kedua Fizi Ali.

Artikel Berkaitan: Dituduh ‘Main’ Dengan Suami Orang, Shakilla Khoriri Dedah Wajah Individu Wanita & Ajak Bersemuka – “Nak Dengar Juga Cerita Saya Yang Awak Lagi Tahu”

Artikel Berkaitan: Dituduh ‘Main’ Dengan Suami Orang, Individu Wanita Mohon Maaf Pada Shakilla Khoriri – “I Sedih… Kenapa Buat Macam Ni?”

Artikel Berkaitan: Isu Mulut Anak Ditekup Dianggap Perkara Remeh, Netizen Dakwa Shakilla Khoriri ‘Attention Seeker’?

Atiqah Johari