Categories: SelebritiTrending

Azhar Sulaiman Komen ‘Design’ Blazer Gergasi, Netizen Pula Label Aina Abdul ‘Attention Seeker’?

Sekali lagi, nama Aina Abdul menjadi bualan ramai apabila menggayakan busana blazer merah ‘gergasi’ ketika menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH 35) pada Jumaat lalu.

Busana yang dianggarkan seberat 20 kilogram itu mendapat pujian dan tidak kurang ada juga yang berasa kurang senang dengan busana yang dianggap berlebihan tersebut.

Susulan itu, pelakon Azhar Sulaiman turut tidak ketinggalan memberi pandangannya mengenai reka bentuk busana itu.

Kata Azhar, sesuatu reka bentuk akan sentiasa terbuka dan pelbagai terjemahan boleh dilakukan malah dia juga memberi beberapa pilihan mengenai busana itu.

“Behar (Azhar) bercakap sudut design… sesuatu design will always terbuka kepada pelbagai interpretasi.

“Design Busana Yang…
1. Outside The Box?
2. Should Just Remain In The Box?
3. The Red Box?
4. Engkau ni apa?” tulisnya.

Dengan jujurnya, Azhar menganggap busana itu ‘Should Just Remain In The Box’ apabila ditanya pendapatnya oleh seorang warganet di ruangan komen.

Menjengah di ruangan komen hantarannya itu, rata-rata warganet mengkritik pakaian Aina dan menganggap penyanyi itu sebagai ‘attention seeker’ serta menyusahkan ramai pihak.

Atiqah Johari