Selebriti By: Atiqah Johari June 19, 2023 @ 6:28pm

“Biasalah Orang Kahwin Guna Plat ‘Fancy’” – Disahkan Bukan Pemilik Nombor Sebenar McLaren, Ini Jawapan Aliff Awang

Selepas didakwa bukan pemilik sebenar nombor plat sebuah kenderaan mewah McLaren, suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang tampil bersuara.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Storiesnya (IGS), Aliff Awang atau dikenali sebagai Opai menafikan bahawa dia dipanggil atau menerima sebarang surat daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ekoran isu yang tular tersebut.

“Assalamualaikum…so H***** M**** ni kan. JPJ tak ada panggil pun tak ada surat sampai. JPJ tak ada pun call,” ujarnya.

Opai turut menjelaskan bahawa dia tidak menggunakan nombor plat kontroversi tersebut di atas jalan raya namun menggunakannya ketika meraikan perkahwinannya sahaja.

“Tapi, saya rasa kalau nak bagi penjelasan pun… ini penjelasan saya. Biasalah orang kahwin pakai nombor plat ‘fancy’, nombor plat cantik-cantik, nama sendiri ke apa kan.

“Jadi benda ni pun dah kahwin pun dah hampir setengah tahun dah. Dah viral, dah viral lama dah so janganlah nak kata kononnya JPJ panggil apa jadah la semua.

“Atas jalan raya tak pakai pun nombor plat tu. So, saya rasa sudah-sudah la bosanlah. Orang Malaysia pun dah bosan dengar cerita Opai ke Aliff Awang.

“Orang nak pakai nama saya pun sebab senang nak masuk FYP. Sebab apa? Sebab memang kita bagus, Assalamualaikum,” katanya sebagai penutup.

Artikel Berkaitan: “Jangan Bawa Najis Dekat Sini!” – Opai Didakwa Hina Orang Bawa Kereta Biasa, Wak Doyok Tak Puas Hati?

Artikel Berkaitan: JPJ Gesa Buat Laporan, Sahkan Nombor Plat McLaren Milik Suami Pelakon Bukan Pemilik Sebenar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 12 Nov 2022

Iron Baju Umrah Ibu, Aksi Anak Wan Maimunah Undang Sebak Warganet

Pelakon terkenal Malaysia , Wan Maimunah yang akan mengerjakan ibadah umrah tidak lama lagi telah meraih perhatian warganet di media sosial. @aidahshermerican Semoga dipermudahkan urusan Ibu Dunia Akhirat… Salam rindu kami buat Rasulullah SAW. #wanmaimunah […]

Selebriti Fri, 6 Oct 2023
Featured Mon, 1 Apr 2024

“Kita Makin Sakit Terutamanya Orang Melayu” – Erma Fatima Anggap Drama Lelaki Itu Bukan Cerita Biasa

Kadang cerita berat ni lah yang buka mata tentang kehidupan realiti zaman sekarang💪💪💪

Trending Wed, 9 May 2018

#PRU14 : Al-Fatihah, Meninggal Dunia Sewaktu Mengundi

Temu ajal sewaktu beratur untuk mengundi . Salam Takziah buat kami

Trending Sat, 7 Mar 2020
Featured Tue, 1 Nov 2022

Nak Hilangkan Perasaan Suka Atau Benci Terhadap Seseorang? Ini Pesanan Ustaz Azhar Idrus

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus atau dikenali sebagai UAI berkongsi tip bagaimana untuk menghilangkan perasaan suka atau benci terhadap seseorang. @mfazzy MASA MAIN PERANAN #masa #sangkabaik #doa #ustaz #mfazzy #tiktokguru #jombelajar #ustazazharidrus ♬ tak ingin […]

Hiburan Sun, 29 Dec 2019

Meriahnya Persandingan Ala Bollywood Farah Nabilah Dan Amirul!

Wah! Cantiknya Farah macam Deepika Padukone!

Hiburan Mon, 5 Mar 2018

RM100K Milik Mark Adam?

Mark Adam berjaya dinobatkan sebagai Juara BBB 2018 dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM100K