Categories: SelebritiTrending

“Duit Tu Untuk Anak, Bukan Saya” – Enggan Bermusuh & Berlarutan, Balu Abam Mohon Ali Puteh Segera Lunas Hutang

Isu hutang antara pelawak Ali Puteh dan balu abangnya, Allahyarham Abam iaitu Siti Nor Hidayah belum menemui titik noktah sehingga kini.

Susulan itu, menerusi video temu bual Melodi, Hidayah dan peguamnya mendedahkan Ali masih tidak mengendahkan tuntutan mahkamah yang memerintahkannya untuk membayar wang denda sebanyak RM75,000.

Oleh itu, Hidayah berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera kerana dia enggan isu ini berlarutan dan enggan bermusuh.

Malah, dia juga menegaskan hutang yang dituntut tersebut bukanlah untuk kegunaannya tetapi untuk anak tunggalnya, Hamzah.

“Harapan saya cuma nak dia selesaikan yang ni (hutang). Jadi, kita akan buat haluan masing-masing sebab dah berlarutan berpanjangan, biarlah selesai dengan baik.

“Pihak saya tak nak bermusuh-musuh sebab Hamzah (anak) pun anak saudara dia (Ali) juga kan?

“Saya nak minta hutang je… hutang tu untuk anak saya bukan untuk saya. Saya tak tamak pun harta sebab saya pun ada harta sendiri dan saya buat business saya sendiri. Saya harap dia selesaikan dengan baiklah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hidayah turut mendoakan perniagaan adik iparnya itu bertambah maju sekaligus dapat melunaskan hutang yang tertunggak lama.

“Kepada adik ipar, Syed Ali, saya doakan perniagaan dia semakin berjaya. Bila dah berjaya, bayar je hutang saya sebab saya tak nak berpanjangan kes ini,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan: “Pihak Sana Masih Lagi Degil” – Gesa Ali Puteh Bayar Hutang, Hidayah Bakal Ambil Tindakan

Artikel Berkaitan: Hidayah Tuntut Hutang Tahun Lepas Belum Dibayar, Ali Puteh Tak Mahu Layan – “Kalau Layan Jadi Masalah…”

Artikel Berkaitan: “Jangan Buat-Buat Lupa Ya!” – Lantang Tuntut Hutang, Hidayah Dedah Ali Puteh Belum Bayar RM76,167.28

Sumber: Melodi TV3

Atiqah Johari