Selebriti By: Atiqah Johari October 30, 2023 @ 3:21pm

Famili Duo 3: “Kami Saling Tukar Pendapat” – Nak Bina ‘Confident’, Adam & Ryan Bakery Tak Anggap Syaiful & Sharif Sebagai ‘Lawan’

Antara duo yang bukan berlatar belakangkan penyanyi, Adam dan Ryan Bakery tidak menganggap pasangan duo adik beradik Sharif dan Syaiful Zero sebagai pesaing dalam program nyanyian Famili Duo Musim Ke-3 ini.

Sebaliknya, mereka saling bertukar pendapat dan memberi sokongan kepada satu sama lain untuk menyajikan persembahan yang terbaik.

“Kami bukannya nak bersaing pun sebenarnya, kami nak hiburkan orang je dalam masa sama kami nak juga bina keyakinan macam mana berada di depan orang ramai.

“Tak adalah bersaing. Kami selalu dengan Sharif dan Syaiful cakap kena buat yang terbaik minggu ini kena bagi yang kaw kaw. At least kalau kita suara (vokal) tak boleh pun persembahan kita kena yang terbaik selalulah kami borak bersama.

“Kadang-kadang kami berhubung tanya mengenai persiapan masing-masing dan saling bertukar pendapat,” kata Adam dan Ryan ketika ditemui.

Selain duo Adam dan Ryan Bakery serta Sharif dan Syaiful Zero, program nyanyian ini turut disertai oleh Shila dan Syahir, Emma dan Adira, Tom dan Fuad Rahman, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran.

Famili Duo 3 ini bersiaran secara langsung di TV3 pada jam 9 malam, setiap Ahad dan dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick.

Artikel Berkaitan: “Kami Akan Selotep Mulut Abang Ajai & Mummy” – Adam & Ryan Bakery ‘Bangkit’ Lepas Teruk Dikritik, Perjelas Video Tular Sekadar ‘Content’ Bukan Sindir Juri

Artikel Berkaitan: Famili Duo 3: “Kalau Juri Teliti Lirik & Persembahan Kami Mungkin Mesej Sampai”- Dikritik Teruk Oleh Ajai, Mas Idayu… Adam & Ryan Bakery Tak Terasa Hati

Artikel Berkaitan: Famili Duo: Tak Boleh Lawan Vokal, Adam & Ryan Bakery Pertaruhkan Kreativiti & Persembahan… Tak Sangka Jadi Top 3 Minggu Pertama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 7 May 2021

Wajib Tonton… Jom Tengok 5 Iklan Raya Best Tahun Ini!

Setiap tahun, syarikat korporat di Malaysia pasti akan tampil dengan video kreatif sempena Aidilfitri. Bukan sekadar hiburan, kemunculan iklan raya turut dinanti seluruh rakyat Malaysia kerana mesej yang ingin disampaikan melalui setiap video diterbitkan. Meskipun […]

Hiburan Wed, 11 Jul 2018

Tahniah! Soo Wincci Genggam Ijazah Sarjana Kedua

Tahniah diucapkan kepada Dr Soo Wincci di atas kejayaan yang baru sahaja diraih…

Trending Tue, 3 Aug 2021
Featured Sun, 15 Aug 2021

11 Sektor Ekonomi Dibenar Beroperasi Esok

Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kebenaran operasi untuk 11 aktiviti ekonomi bagi negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), dalam sektor perdagangan dan pengedaran, berkuat kuasa esok. 11 kegiatan ekonomi sektor perdagangan […]

Featured Mon, 15 Feb 2021

126,000 Penerima Vaksin Disuntik Sehari Bermula 26 Februari

Menerusi Pelan Imunisasi Kebangsaan COVID-19 yang bermula 26 Februari ini, 126,000 rakyat negara ini dijangka disuntik vaksin COVID-19 sehari. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata seramai tujuh vaksinator (petugas menyuntik vaksin) akan disediakan […]