Selebriti By: Atiqah Johari February 21, 2024 @ 7:19pm

“Harini Aku Menangis Peluk Anakmu, Serasa Pelukmu Dulu Abang” – Ali Puteh Sebak Dapat Jumpa Hamzah

Pelawak Ali Puteh menzahirkan rasa syukur dan sebak apabila pertama kali dapat berjumpa dengan anak saudaranya, Syed Uthman Hamzah yang merupakan anak kepada abangnya Allahyarham Abam selepas empat tahun.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, Ali menyatakan segala urusan telah selesai dan berharap hubungan kekeluargaan mereka tidak terputus.

“Syukur Ya Allah dengan ujian ini… makkk abang!!! Angah (Ali) dah selesai semuanya… berjumpa dah mereka sebagai saudara kandung… InsyaAllah Syed Sharifah legacy kita tak kan terputus,” tulis Ali.

@aliputeh89 Dengan izin dari allah semua ini terjadi.. Insyaallah terus berjuang demi keluarga.. Setiap yg pahit pasti ada manisnya.. Janji allah itu pasti setiap ujiannya pasti ade hikmahnya.. Terus membesar anak anakku semua.. Hubungan saudara kite tidak akan terputus dan pasti kite pertahankan.. Insyaallah #syedsharifah #silaturrahim #teruskuatdemimereka ♬ original sound – aliputeh

Manakala, pada hantaran terbaharunya, Ali turut menzahirkan rasa rindunya terhadap Allahyarham Abam selepas dapat memeluk anak saudaranya itu.

“Allah maha mengetahui segala-galanya perasaan ini. Tiada apa yang mampu saya ucapkan hanya bersujud syukur dengan segala ujian ini.

“Membesar dengan baik wahai Syed Uthman Hamzah. 4 tahun lepas kita berpelukan meraikan kemenangan dan hari ini aku menangis berpelukan dengan anakmu wahai abang.

“Segala-galanya sudah tertulis dari Allah, InsyaAllah hubungan silaturahim anak-anak kita tidak sesekali akan terputus,” luahnya lagi.

@aliputeh89Allah maha mengetahui segala galanya perasaan ini.. Tiada apa yg mampu sy ucapkan hanya bersujud syukur dengan segala ujian ini.. membesar dengan baik wahai syed uthman hamzah.. 4tahun lepas kite berpelukan meraikan kemenangan.. Dan harini ini aku menangis berpelukan dengan anakmu wahai abang.. Segala galanya sudah tertulis dari allah.. Insyaallah hubungan silaturahim anak anak kita tidak sesekali akan terputus.. Insyaallah♬ original sound – aliputeh

Artikel Berkaitan: Tolak Bayaran Hutang Ali Puteh Secara Tunai, Ini Penjelasan Peguam Hidayah – “Ikut Undang-Undang Tiada Masalah Tapi Faktor Keselamatan”

Artikel Berkaitan: Adik Hidayah Tak Puas Hati! Muat Naik Status Perli Ali Puteh Isu Bayaran Saman, Ini Respons Empunya Badan – “Semalam Datang Nak Bayar Tak Nak Pula”

Artikel Berkaitan: Selesai Dirumah Hidayah, Hutang Ali Puteh Berjumlah RM75,486.48 Langsai!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 15 Nov 2020
FESYEN Wed, 8 May 2019

Jom Shopping Raya! Adira Suhaimi Tampil Dengan Koleksi Tudung Adira X Hermanas

Koleksi ini boleh didapati dengan harga RM69 sehelai. Murahnya!

Selebriti Sun, 10 Apr 2022
Hiburan Fri, 23 Aug 2019
Trending Wed, 21 Nov 2018

Sindir Suami Di Instagram Sehingga Didakwa Kurang Ajar, Datin Alyah Akui Hilang Sabar!

Alyah akui pura-pura bahagia, minta netizen jadi isteri Ramli MS sehari.

Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Featured Thu, 16 Dec 2021