Categories: SelebritiTrending

“I Just Smile & Say When He’s Ready…” – Hanis Zalikha Kongsi Momen Yusuf Iskandar Berpuasa Buat Pertama Kali

Pelakon dan pengacara Hanis Zalikha berkongsi momen anak lelakinya, Yusuf Iskandar berpuasa buat pertama kali.

Menerusi perkongsian di Instagram, isteri kepada pelakon Hairul Azreen itu turut berkongsi rasa terharu ketika anak sulungnya itu ingin mencuba untuk berpuasa.

“Selalu orang tanya bila Yusuf akan puasa. I just smile and say when he’s ready. Comel sangat today dia nak try,” tulis Hanis.

Selain itu, Hanis turut berkongsi video perjalanan puasa Yusuf di Instagram @theyusufiskandar, serta berharap anaknya dapat melihat kembali momen itu suatu hari nanti.

“Yusuf terjaga Subuh tadi menangis. Daddy tanya why, dia jawab “I want to puasa, I want pahala”. Daddy terus bawak turun sahur and support dia the whole day.

“Yusuf satu hari nanti tengok video ni okay, your first day of puasa on your own will. 9 April 2022. Alhamdulillah good practice sayang,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, gelagat si comel itu turut mendapat perhatian dan pujian dari peminat keluarga ini.

Hanis Zalikha dan Hairul Azreen mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Fatin Nurain